Friday 19 April 2013

Jangan Jadi Penyebab Permusuhan Antara Orang Tersayang

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Pernahkah anda lalui situasi dimana anda terasa hati dengan seorang kawan karib (Si A), kemudian anda luahkan perkara tersebut kepada kakak? Sedangkan kakak kita tu tak kenal pun hati budi Si A ni. Hanya kita je memahami dan kenal dia sejak kecil. Lalu kakak kita yang sayangkan kita tu tak pasal-pasal membenci kawan karib kita tadi gara-gara kes terasa hati tu. Padahal kita hanya nak luahkn perasaa dan kita memang masih menyayangi persahabatan dengan Si A tadi.

Ingatlah semua, marah kita hanya seketika. Tapi bagaimana pula marahnya orang yg menyayangi kita, bila ada yang buat kita tersa hati? Padahal kedua-duanya kita sayang. Hanya disebabkan luahan rasa tidak puas hati kita tu, membuatkan kakak beranggapan buruk terhadap si A. Kesian dia, mungkin dia tak pernah nak menyakitkan hati kita. Namun bila kita menyedarinya, ia mungkin sudah terlambat kerana kakak mungkin masih tidak dpt melupakan peristiwa tersebut.

Jadi, hati-hati ye dalam meluahkan perasaan. Hal yang kecil, tidak usah diperbesarkan. Akhirnya kita juga yang rugi dan rasa bersalah kerana telah memburukkan kawan karib sendiri. Bagaimana perasaan dia nanti bila dia mengetahui perkara ni?



Thank you for reading my entry!

5 comments:

bicara mak dara said...

pernah juga jadi mcm ni.. last2 tersepit ditengah2.. persimangan delima dibuatnya sbb kedua duanya kita sayang kannn

PCL said...

rasanya perasaan dan hati tak sama pada setiap orang lebih2 lg berlainan gander.., bg pcl tu semua tak amik kisah sangat ... cool , jgn cari masalah dengan bercerita masalah.

Bin Muhammad said...

Ada masalah boleh diceritakan...ada masalah xperlu diceritakan, kena pandai menilainya termasuklah orang yg ingin kita luahkan itu. Terbaik...mengadulah dengan Allah, minta petunjuk.

Nina Mads said...

pernah jugak alami situasi mcm nie.. last2 cari jln kuar sendiri :)

iha said...

err, pernah.. err sekali je kot.. hehe.. lepas tu belajar dari kesilapan, kalau ada masalah selesaikan sendiri.. baru cepat jadi matang..