Friday, 19 April 2013

Kenye dan Lokko!!

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan korang saya ni berasal dari Besut dan of course la saya bercakap ala-ala Kelantanese. Namun tidaklah sepekat orang Kelantan. Ada bercampur baur dengan Terengganu sikit... Maka jadi la Kelantranung..isk perosak bahasa betol.

Perkataan pertama yang buat adik-adik ipar saya terikut-ikut ialah 'kenye'. Cara sebutnya ke-nyee.. Susahnya nak bagitau. Tapi lucu la jugak. Masa tu baru kawin dan hari pertama duduk rumah mertua. Adik ipar ajak la saya makan bersama. Saya yang segan silu ni kata la "make lah, kak kenye doh".. haha.. Maksudnya "makanlah, kak dah kenyang". Jadi riuh-rendah la adik-adik pakat ikut perkataan 'kenye' tu. Alaahai diri sendiri yang menyebut ni pulak terasa lucu.

Pastu bila cari apa-apa atau merujuk kepada seseorang yang kita sedang cari dan kemudiaannya kita jumpa, maka kita akan sebut "Hoh! Lokko tu. Juppo jugok akhirnye". See, ada campuran Terengganu sket. 'Lokko' untuk Kelantan dan akhir'nye' untuk Terengganu.. ada e kat belakang. 'Lokko' tu maksudnya TU DIA!

"Lokko Pok Din duk dalle keda kopi deppe tu"
"Tu dia Pok Din duduk dalam kedai kopi kat depan tu"

Perkatan 'kenye' dengan 'lokko' ni memang hot dan menjadi ikutan adik-adik ipar kat dalam rumah mertua sejak saya tinggal kat sini. Lama-kelamaan bila dah terbiasa, kita tak perasan pun sorang cakap Terengganu sorang cakap Kelantan. Cuma ada sesetengah perkataan je yang melucukan dan pelik bagi mereka.

Cu teka apa maksud 'TUBIK' ni



Thank you for reading my entry!

14 comments:

syamsul said...

Tubik tu Keluarkan..hehehe...

aitotyati said...

Ai tau Ai tau, tubik is keluar :D

Bin Muhammad said...

Menarik belajar loghat negeri ni... Cikgu Meiza boleh le buat kelas bahasa Kelate dan Treganu pulok ye. :)
Tubik = Keluor = Exit

Nina Mads said...

salam..singgah sini :)
wah blajar perkataan bru. hee
nsib baik fhm sikit bhasa klate

Kakzakie Purvit said...

La... mujur kakak bukan pengomen pertama. Kakak tak tahu pun...

Unknown said...

best jugak belajar loghat negeri lain ni.. senang sikit kalau sampai kat sana nanti ^_^ taklah terpinga-pinga kalau dengar orang bercakap :D

Unknown said...

Betol la tu..ni mesti tgk simbol org berlari tu kan..hehe

Unknown said...

BEtol la tu Ai

Unknown said...

HAhah...nnti sy tulis blog guna loghat kelantan la pulak..baru terlopong agaknya..

Wah..hebat! Hehe

Unknown said...

Waalaikummussalam.. thanks sudi siinggah..kalau berkawan dgn org kelantan cepat la faham..

Unknown said...

Hoh lokko kak zake muncul jua..hehee...kena belajar tu..

Unknown said...

Tu xdgr org kelantan pure bercakap lagi...akak pn xfaham..hehe

iha said...

err, tu lambang keluar.. jadi tubik tu keluar la kan.. :) (iha siap cari kat google lagi nak tau maksudnya hahah)

Unknown said...

Hahah..betol la tu..nnti kalau kita jmpa akak nak bercakap Kelantan biar Ihaa terlopong..hehe