Monday 1 April 2013

Mesyuarat Agung PIBG

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah selamat sampai Penang. Tak sabar nak jumpa Seneorita Baharin pagi esok. Entry pasal pertemuan kami akan diupdate kemudian sebab entry ni nak cerita pasal kehadiran saya ke mesyuarat agung PIBG sekolah adik untuk pertama kalinya. Kebetulan mak mertua ada temujanji dengan doktor semalam, jadi saya la yang kena pergi. Hadoii malasnya panas-panas begini..kikiki..


Sungguh mengejutkan, kerana kehadiran saya telah disambut dengan meriahnya. Mereka ingatkan saya ni artis undangan. Wekk! Koyas!

Memang dah agak dah kalau masa ditetapkan pukul 3.30 mesti pukul 4 petang baru start. Hambik kau, 4.15 baru start. Kesian kat makcik yang bawa anak kecil. Bingit suasana dengan bunyi budak meraung sana-sini. Dah la panas cheng..Belum apa-apa lagi dah habis air sebotol..ishh


Sebelum ni pandai sebut je mesyuarat PIBG. Tapi tak tau depa bincang pasal apa dan macam mana keadaannya. Dah namanya mesyuarat, macam mesyuarat la kan. Siap ada isu berbangkit dan sebagainya lagi. Antara isu yang menarik perhatian saya.. ramai ibu bapa nak anak-anak mereka bersekolah sesi pagi. Sesi petang dimansuhkan sebab prestasi anak mereka menurun..sebab berpisah dengan kawan..dan pelbagai  alasan lagi.

Ingatkan pelajar sekolah menengah je tak suka sesi petang ni. Ingat lagi zaman sekolah dulu..memang malas nak pergi sekolah gara-gara kena tukar ke sesi petang pulak. Alasan mengantuk, letih, panas panas panas..dan sebagainya lagi. Tapi memang moody giler la sekolah sesi petang ni. Biasa petang-petang main badminton, ni kena pergi sekolah pulak. Ishh mencik i!

Last-last.. jadi isu berbangkit lagi..Hmm nampaknya pihak sekolah fening kepala memikirkan isu ini..hahaha..


Thank you for reading my entry!

17 comments:

iha said...

haha dari darjah 1 lagi iha memang mencik sekolah petang..
p/s: kirim salam kat cik akak yg dok kat penang tu tau.. hihi

Unknown said...

wah dah mulai sesi pagi..bestlah satu sesi....kenalah bangun awal kan anak2 tu

bicara mak dara said...

mmg mana mana event pun mcm tu kannn.. kompom takkan start pd waktu yg ditetapkan hehe..

bila nak jumpa dgn mak dara pulak ni hehehe

Unknown said...

kirim salam kat seneorita ye....... he3....

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... sekolah petang saya , sekolah agama . Kat johor sekolah ni wajib . selalu dtg lambat sbb rehat jap lepas habis sekolah pagi ... so ustaz tu selalu panggil kata kat saya " baru sampai DATIN " ... hahahaa lambat 10 / 15 minit jer ...

Unknown said...

Akak kena masa tingkatan 4..eee nk nangis rasa..

InsyaAllah dik Ihaa..

Unknown said...

Ramai ibu bapa nak sesi pagi kan..sebenarnya sesi petang banyak membazir masa..dan anak2 akan bangun lewat..tak berdisiplin jadinya..

Unknown said...

Tu yang i mencik sgt2.. kesian pulak tu kat ibu bapa yg hadir..

kalau bleh jmpa mak..wo wo wo bestnya..tak pernah jmpa artis kat mana2..hehe

Unknown said...

Ehem2 dik Remy kita...InsyaAllah

Unknown said...

waalaikummussalam.. hamboi bestnya kena perli...haha

Delima Zamrud said...

Ermm rajin mieza pi mensyuarat PIBG nie ek heheh kalau D5 mau tertido ekkekkkek

Unknown said...

Kena pergi jgk..kalau tak mengamuk la adik nnti..hehe

Akupenghibur.com said...

biaselh tu .... klau di tetapkn pukul brpe mesti lmbt start

Unknown said...

grrrr....mood berkelip warna merah dahh

iha said...

hah form 4 pun ada sekolah petang ek? masa sekolah menengah best sikit, batch iha je yang dapat belajar waktu pagi masa form 2.. jadi masa form 1 je la petang, hehe..

Nur Nainis said...

hehehe..faham2 kak..saya pernah menghadirinya itu pun sebab nak terima anugerah..kalau tidak, jangan harap..hehe..tak suka..mencik i.

Nur Nainis said...

p.s: akak..tadi saya baca blog akak senorita baharin..bestnya dapat jumpa akak..harap2 suatu hari nanti kita dapat jumpa..hehehe..tiba2 bila fikir pasal jumpa ni..hati saya riang gembira..hihi.