Assalamualaikum..
Apa itu MLM? Multi Level Marketing.. Anda pernah
menyertainya atau memang anda sekarang sedang aktif dalam perniagaan tersebut?
Bagi yang sudah berjaya, alhamdulillah dan tahniah kerana anda sesuai dengan
perniagaan ini dan telah berjaya ke peringkat lebih tinggi dengan usaha gigih
selama ni.
Bagi yang baru nak mula tu, anda boleh bermula dari bawah
dan jangan terlalu taksub untuk berjaya dan kaya segera. Terutamanya bila melihat
ramai yang dah kaya-raya siap pakai kereta mewah lagi. Selidik dulu dan
pastikan syarikat yang menjalankan MLM tu menepati syarat-syarat dalam Islam
dan tidak berunsur tindas menindas atau tipuan semata-mata.
Tidak dapat dinafikan memang syarikat MLM yang berlambak kat
Malaysia sekarang ni semuanya bagus-bagus. Tapi saya nak tekankan disini
tentang sikap kita yang terlalu beria-ria untuk berjaya sehingga sanggup
menghabiskan wang beribu-ribu untuk menghadiri kursus dan membeli produk
keluaran syarikat terbabit. Adakah anda telah fikir masak-masak apa risikonya
nanti?
Ramai juga kawan saya kecundang di tengah jalan gara-gara
MLM ni. Terutamanya kawan perempuan yang memang mudah terpengaruh. Mereka sanggup
menghabiskan wang ringgit untuk sponsor kawan-kawan lain masuk ahli dan
menghadiri kursus anjuran syarikat MLM terbabit. Tetapi ahli dibawah mereka
tidak aktif sebab kekurangan kefahaman tentang MLM ataupun tidak berminat. Bila
ahli dibawah tidak aktif, apa yang anda dapat? Bonus tetap tidak bertambah
walaupun mereka telah naik pangkat.
Jadi mereka ambil keputusan untuk beli barang banyak-banyak
dan menjadi stokis, bukan lagi ahli biasa. Namun akibat kesibukan bekerja dan
tanggungjawab sebagai isteri, barang-barang tersebut lambat terjual malah ada
yang expired terutamanya ubat-ubatan. Akhirnya lebih banyak kerugian dari
keuntungan.
Bagi mereka yang berminat untuk berniaga dan masih tercari-cari peluang niaga pula, lebih baik jika ada perniagaan milik persendirian dan bukannya MLM. Jangan memandang makcik penjual kuih di gerai tepi jalan itu tidak mendapat pulangan yang tinggi. Bermulalah dari bawah untuk mendapatkan pengalaman sebelum menuju ke peringkat lebih tinggi dalam perniagaan.
*Pernah jugak kena paksa masuk ahli. Dah la mahal pastu promote suruh beli macam-macam. Ah tak suka tak suka!!
Thank you for reading my entry!
Thank you for reading my entry!
14 comments:
Susah kan dik klu ade kawan2 yg asyik paksa rela suruh masuk :)
assalamualaikum ... biras saya cuma buka gerai mee / nasi goreng - yg mdh2 jer . operasi dr time bfast hingga lunch jer ... sekrg dah ada sebuah rumah milik sendiri , dah gi haji n sebuah kereta honda civic . kelebihan , dia suka tlg adik beradik yg bermasalah aka bank mrk . setiap pagi bagi 1 kg ikan kat kucing x berumah mkn ...
Hmm berlambak msj dln inbox nk promote tu promote ni...ada yg siap call ckp ada berita baik..ingtkn apa la.. rupanya peluang berniaga mlm.. hmm berita baik ke tu??
Waalaikummussalam..tengok..nmpak mcm ringkas je kan...namun siap boleh beli rumah kereta lg.. rezeki yg halal dan berkat..
tak tahu sangat tentang MLM ni.. ada perasaan was2 sikit tentang perkara ni. Tapi, tak boleh la nak buat andaian sendiri kalau tak ada bukti yg kukuh. Lagipun tak berminat sikit pun dengan benda camni ^__^
lebih baik bukak perniagaan sendiri kan akak?? Lagi senang. tak perlu gopoh2 nak kaya. Kaya kalau tak berkat?? nak buat apa..kan?? Walaupun sikit tp penuh keberkatan tu yg perlu dicari.. insyaALLAH
Akak ada la jgk pengetahuan pasal MLM ni..macam2 ragam masing2..ada yg betol2 menepati syarat Islam tp sikap ahli je yg terlalu mengajar kekayaan segera.. ye bemar tu..akak pn xsabar nak buka kedai kedai kek nnti...
MLM..Takut joint MLM, Takut jadi kaya..Bila dah kaya lupa diri! hehe
Sekarang ni pun dah cukup bersyukur.
Ada kawan saya join skor A..macam MLM ni juga rasanya..Ermm..habis duit dia. sanggup skip kelas, tak buat assignment kerana nak pergi meeting tu. Dah nasihat dia, fikir baik2, tapi katanya dia tak ada duit, jadi nak tambah duit..Sekarang tak tahulah dia macam mana dengan skor A tu. Dia pun dah berhenti belajar seblum tamat pengajian.
pcl pernah 2, 3 kali terpedaya... dan kalau ada lagi ..memang tolak mentah2..takmo dah ! serik !!
Haha..ingtkan takut apa laa...
Semoga menjadi pengajaran lain kali..
Laa skor A ke.?? Dulu ada sorang kakak tu selalu call suruh join skor A... entah la bisnes apa xfaham.. dia kata bisness tu akan meletopp nnti.. tp sampai skrg sepii jeee..
kalau ada keyakinan...semangat yg tinggi dan tak malu utk mencari org bawahan... go a head...... komitmen kena tip top...... kalau tak..... separuh jalan aje la......
remy memang tak boleh....hu3
Akak pn xboleh..suka berniaga tp nk yakinkn org mcm tu kira tak la.. suka jual sesuatu yg orang suka dan atas kemahiran sendiri..nak beli, beli la.. xnk sudah... hehe
Post a Comment