Assalamualaikum
Bila tinggal berasingan ni kuranglah sikit aktiviti bersama dengan keluarga mertua. Kalau dulu kami makan bersama, borak-borak, menonton sama-sama. Malah kadang-kadang kami keluar makan ramai-ramai ke restoran tertentu. Memang menyeronokkan. Tapi bila berumahtangga dan berkemampuan untuk hidup sendiri, sebaiknya tinggallah dirumah sendiri. Namun begitu, hubungan yang selama ini terjalin erat jangan pula renggang dek kerana jarak tersebut.
Kalau dulu kita makan bersama, sekarang pun boleh dipraktikkan rutin tersebut. Contohnya dalam seminggu ada hari dimana kita ajak keluarga mertua makan dirumah. Kalau sibuk dengan kerja, lakukan pada hari cuti. Ataupun berkumpul dan makan ramai-ramai di restoran. Jadi, ia masih sama macam dulu walaupun tidak sekerap dulu. Yang pasti kemesraan sentiasa terjalin.
Biasanya saya akan pergi ke rumah mertua 2 atau 3 hari sekali. Dekat je pon, tak sampai 10minit. Setiap Jumaat lepas balik dari pasar dengan Mr.K, kami akan singgah sekejap sebelum balik masak. Pasti ada berita atau topik yang nak dibualkan setiap kali jumpa.
Keluarga mertua adalah keluarga kita juga. Jangan bersifat berat sebelah dengan mereka. Jika anak mereka menjadi kesayangan kita, begitu jugalah dengan ibu bapanya. Kalau nak bahagia berpanjangan, sayangilah dan jadilah menantu yang baik.
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment