Wednesday 22 May 2013

Nak gaji RM500 je..

Assalamualaikum

Dulu saya rasa, sayalah orang paling lurus dan termasuk dalam kategori 'katak bawah tempurung'. Tidak tahu perkembangan semasa malah tidak pernah tahu yang belanja harian kita ni dah meningkat. Maklumlah zaman belajar dulu mana ada shopping-shopping barangan mahal macam orang lain. Duit PTPTN siap boleh simpan lagi. Pakai telefon 3310 je walaupun orang lain berlumba-lumba dapatkan hp secanggih 'sabun' atau 'daun'.

Suatu hari saya dapat panggilan dari sebuah syarikat swasta kat kampung saya, Jerteh. Masa tu baru habis belajar 3 hari. Penat final exam pun tak hilang lagi dah dipanggil untuk interview. Rupa-rupanya bukan nak interview sangat pun sebab memang dia dah berkenan dengan result SPM saya. Hehe bangga-bangga.. Dia tenung sijil-sijil saya dan berkata, "Ok, awak boleh start kerja Ahad ni". Hahhh?? Hari ni Rabu, Ahad ni kerja?? Baju-baju dalam beg pun tak kemas lagi lepas balik ke rumah 2 hari lepas. Ahh rezeki-rezeki.. Syukur Alhamdulillah.

Kemudian dia tanya soalan yang memang saya tak pernah jangkakan. "Ok, awak nak gaji berapa RM?". Saya termenung, soalan apakah ini? Tapi oleh kerana ketulusan kebendulan dan kerendah dirian saya tu, makan saya jawab, "Err gaji RM500 pun ok". Sepi... bos pnadang saya seraya berkata, "Awak nak gaji RM500? Awak nak makan apa dengan gaji sebanyak tu? Nak isi minyak kereta dengan makan pun tak cukup."..

"Errr..hehe"..

"Ok, sebagai gaji permulaan saya bayar awak RM1000"

See..rii..bu??? Banyak tuuuuu...merah padam muka saya sebab teruja dan nak melompat keriangan masa tu jugak.

Syukur alhamdulillah gaji sebanyak seribu tu saya boleh kumpul-kumpul buat majlis kawin saya dengan Mr.K 4 tahun kemudian. Langsung tak guna duit my father. Alhamdulillah..


Thank you for reading my entry!

No comments: