Tadi kemain lagi nangis-nangis mengenangkan diri yang dah tak dipedulikan lagi. Rasa makin hari makin suram.. hubungan makin hari makin hambar. Sudah tiada lagi kemesraan macam dulu. Sob sob..dia dah tak sayang aku lagi.. *menangis semahunya.
Tak lama kemudian suami balik kerja. "sayang..jom keluar makan kat luar malam ni".
Mata terus terbuka luas.. hati terus berbunga-bunga.. Senyuman manis terukir dibibir. Lupa dah masalah besar bagaikan tunggu masa nak meletus tadi. Gembira bukan main lagi sambil bersiap-siap dengan lawanya.
Hmm..begitulah hati perempuan. Mudah terusik..mudah terasa hati..mudah fikir perkara bukan-bukan. Padahal dalam masa yang sama, suami tak pernah fikir macam tu. Cuma sejak akhir-akhir ni sibuk sikit selesaikan hal kerja sebab minggu depan nak buat surprise kat isteri hajatnya. Pergi melancong ke Bali berdua best juga.
Apa pun kerenah isteri anda, pandai-pandailah memahaminya. Kasih sayangnya yang terlampau banyak menyebabkan wanita takut untuk kehilangan.
Thanks for reading..
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment