Semalam fikiran saya memang sedikit serabut sebab diari paling pentingku telah HILANG!! Yang ada cuma 4 buah..mana 1 lagi?? Kat dalam tu macam-macam tarikh penting dan peristiwa ada. Kalau hilang memang tiada gantinya lagi..sob sob..Tapi muka tetap cool je walaupun habis sebijik rumah kena geledah..siap 2 kali berulang alik pergi rumah mertua. Kot ada tercicir kat sana. Lagi teruk kalau ada orang baca. Hanya saya dan Mr.K saja yang layak membacanya. Haha..
Rupa-rupanya ia bersembunyi dalam almari dicelah-celah pakaian. Maklumlah dia kan paling penting..pandai pulak dia sembunyikan diri. Diari tahun 2005 hingga 2009 tu mengandungi kisah suka duka seorang remaja perempuan yang sedang putus cinta dan ingin kembali pulih. Tapi yang tinggal hanyalah catatan 2009 sebab catatan 2 tahun sebelumnya saya dah koyak dan bakar hidup-hidup. Dari sebuah buku yang tebal ia telah menjadi nipis. Kisah lama usah dikenang..hahah. Kat dalam tu jugak ada pelbagai rintangan dan halangan antara saya dengan Mr.K. Macam novel gitu..sapa-sapa baca memang menangis tak berlagu la you!
Sebenarnya semua diari saya hanya saya sorang je yang boleh baca. Entah kenapa selepas kami berkahwin, Mr.K telah terjumpa diari 2009 tu lalu dikhatamnya 2,3 kali. Ishh maluuuuu.. Sebab kat dalam tu ada macam-macam luahan perasaan saya masa mula-mula jatuh hati kat dia. Tapi saya tak luahkan, cuma luah dalam diari. Segala mesej dari Mr.K pun ada dicatat dalam tu.. untuk tatapan kemudian hari. Bila baca balik ada satu perasaan rindu dan cinta yang mendalam, rasa macam berada dalam situasi dulu balik.
Diari paling awal saya bermula pada tahun 2001 hingga 2004. Dah lusuh dan bercontang-conteng. Dari saya tingkatan 3 hinggalah ke zaman lepasan SPM. Ia sangat terperinci sehinggakan digigit nyamuk besar pun ada tertulis jugak. Siap ada kubur nyamuk lagi kat dalam tu. Tangkap, masukkan dalam plastik lalu distapplerkan kat dalam diari. Setiap aktiviti saya pagi petang malam, tarikh, waktu dan tempat..semua ada. Kadang-kadang bila baca balik memang perah otak jugak la nak ingat balik. Mujur ada diari. Kamoo ada? Hehe
Ni diari tahun 2010, dapat masa bekerja kat syarikat kontraktor dulu. Kat dalam ni hanya berkisar tentang persiapan perkahwinan kami. Kad kahwin, resit beli cincin, dan bermacam-macam lagi resit belian untuk barang-barang hantaran.
Diari tahun 2011 banyak berkisar tentang kehidupan kami selepas kawin serta pelbagai liku-liku kehidupan yang telah kami lalui bersama.
Alaa cutenya diari..siap ada kunci lagi tau. Hadiah dari adik ipar, Tengku Syafira. Berkisar tentang kehidupan kami di rumah mertua.
Mana diari tahun 2013?? Rupa-rupanya saya tak start menulis diari lagi tahun ni.. adakah saya telah bersara?? Hmm baru ada keinginan nak tulis beberapa hari ni. Terutamanya tarikh kami berpindah ke rumah baru..penting ni tau!
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment