Saturday, 18 May 2013

Romantika Home Mart

Assalamualaikum

Ohoi orang pempuan.. kalau dapat mencuci mata dan shopping memang tak ingat apakebenda dah. Tak berblog 2,3 hari pun tak kisah asal dapat jenjalan. Tapi saya keluar kejap je tadi. Bila Mr.K ada rumah memang tak best duduk rumah, ada je hala tujunya. Dapat belanja suami jarang-jarang sekali best jugak. Kami keluar makan nasi beriani gulai kambing tadi. Memang beshh!

Selepas mengenyangkan perut baru bertenaga sket nak pilih barang..haha.. Sesi membotakkan kepala Mr.K pulak.. Kami telah pergi ke Romantika Home Mart di Paka, Dungun untuk memborong barang-barang untuk mendeko rumah kami.

Inilah dia Romantika Home Mart. Berbagai-bagai koleksi aksesori rumah ada kat sini. Semuanya cantik-cantik. Nak beli 1 kedai pun tak kisah kalau banyak duit. Tapi memang rambang mata punyalah. 

kat luar kedai boleh la ambik gambar kalau takder orang tengok. Tidak dibenarkan ok! Macam la kat kedai lain takder barang macam ni kan..ish ish..

Tapi maaf lah tokey kedai, saya ni nakal orangnya. Haha..cantik tak? Memang kepulor mata you! Semua nak beli.. hinggakan Mr.K terpaksa guna kad kredit..ehekk.. Glemer akak tu dapat masuk blog saya.

Ni bunga yang saya dah rembat. RM35. Berpatutanlah kan?

Dan sekarang sedang gah berada diruang tamu rumah kami. Cantiknyerr.. 

Gembira..puas hati.. Kepala Mr.K pun dah botak..haha.. Serius tak orangnya? Semua orang takut kecuali saya.. 


Thank you for reading my entry!

No comments: