Tuesday 21 May 2013

Tambah Kos Hidup

Assalamualaikum

Dah masuk 2 minggu tinggal kat rumah baru. Hajatnya taknak pakai Astro kat rumah. Tengok je apa adanya. Lagipun bukan kaki TV, kadang-kadang je tengok. Tapi disebabkan siaran TV1, 2, 3, dan 9 yang agak memedihkan mata, maka tak berjaya jugak nak kawal kehendak nafsu. Zaman sekarang tengok TV pun nak kena ada bayaran setiap bulan. Haiyaa..

Sekarang ada promosi tau. Berlambak-lambak kat pasar malam dan pasar ikan. Rajin pulak mereka duk promote Astro tu kan? Kos pemasangan RM50 je. Dulu RM199. Hmm pasti ada nak kaut keuntungan kat mana-mana pulak ni..hehe..Biasalahkan hati manusia, pasti terdetik. Tapi bayaran bulanan serendah RM50 lebih. Tak der dah harga untuk pakej Family sahaja RM37 dulu. Kena ambik pakej Family + pakej lain, ikut mampu.

Dan sekarang sedang tak sabar menunggu la ni. Mereka kata hari tu seminggu lepas daftar mereka akan datang pasang. Maybe esok or lusa. Tak pun Ahad. Tunggu je lerr..


Thank you for reading my entry!


No comments: