Tuesday, 4 June 2013

Happy Birthday Sayangku.

Assalamualaikum.

Hari ni 4 Jun, maka genaplah setahun usia blog kesayangan saya yang agak awesome ni. Selamat hari lahir diucapkan dari owner blog http://cinta25hb.blogspot.com/, Mieza Jhaa K. Semoga blog ini sentiasa hadir dengan entri-entri baru serta semakin berkualiti dengan olahan cerita yang menarik minat pembaca..bukan meloyakan anda semua ye. Hehe.


Sebenarnya dulu, tujuan utama saya tulis blog adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman yang dah saya lalui sepanjang hidup selama 27 tahun ni. Macam-macam pengalaman ada..pahit manis masam masin. Yang pasti semua tu mengajar dan memberi panduan untuk saya perbaiki diri dari semasa ke semasa. Kadang-kadang saya suka google tajuk entry saya sendiri dan baca balik dengan syoknya. Dulu tulis diari, sekarang tulis kat blog pulak. Kelas kau Mieza!

Entry terawal saya bermula dengan tajuk Kisah Lucu Disebalik 'Keterbolahanku'. Saya suka baca balik kisah lucu yang memang poyo ni. Tetapi akibat olahan saya yang agak panjang dan tidak berapa berkesan serta tiada gambar menarik, menyebabkan ia kekurangan pembaca. Maybe. Banyak juga entry yang dah didelete sebab ia amat meloyakan bila saya baca balik beberapa bulan kemudian. Almaklumlah, dulu menaip ikut basic blog yang macam ziro. Sekarang ni saya dah banyak belajar (walaupun nampak macam tak belajar pun..haha).

Sebagai hadiah hari jadi hajatnya saya nak tukar header dan percantikkan lagi blog ni agar kelihatan lebih ceria dan buat pengunjung tertarik. Namun, idea pulak tak datang. Hmm.. boring dah asyik sama je. Ada sapa-sapa nak tolong kemaskan blog saya ni? Citarasa saya banyak menjurus kepada citarasa lelaki.. terlebih hormon lelaki agaknya. Kalau blog yang macam perempuan cute memang saya tak suka la..siap bunga-bungaan bagai. Ayoyo..mujur ada jugak gambar wanita cun kat atas tu..hehe.

Sayang kamoo semua..*tembamnya pipi

*SUKA jika ada sesiapa yang sudi komen, menilai serta memberikan sedikit tunjuk ajar untuk menambahbaik lagi blog saya ni.


Thanks for reading..

No comments: