Sunday, 30 June 2013

Planta rupanya.

Assalamualaikum.. Jumaat hari tu semasa di kampung halaman, saya lihat ada sebekas planta di tepi singki. Ku tilik-tilik, memang ini planta malah masih baru dan belum dibuka. Setahu saya mak ayah tak pernah makan planta, samaada letak atas roti atau untuk masakan.


"Mak nak buat apa dengan planta ni?"

"Planta apa pulak?"

"Ni dalam bekas kuning tepi singki"

"Tu bukan ke pencuci pinggan?"

"Laaaa....ni planta la. Orang letak atas roti"

Ayoyo.. mak saya ingatkan pencuci pinggan axion tu sebab warna bekasnya sama. Hmm mujur tak start mencuci pinggan mangkuk lagi guna planta. Kalau tak, memang mencuci dengan Axion Penghasil Minyak la, maklum lah mata mak dah kurang jelas sekarang.



Thanks for reading..

No comments: