Haa tu dia.. Chocolate Mousse Cake yang dah tinggal separuh dibaham Mr.K semalam. Bagi kat jiran sebelah sket. Sejujurnya orang lelaki pandang sebelah mata je ni
kan?? Jangan bersangka sedemikian okay. Tak cuba tak tahu,
dah cuba karang baru tahu yang kek ni sedap.
Begitulah juga dengan manusia
sekeliling kita, ada sahaja pandangan negatif terhadap sesuatu mahupun orang
lain.
“Anak kau yang habis Diploma haritu kerja apa Jah?”.
“Kerja kerani
MakLong”.
“Kerja kerani je? Kenapa tak mintak kerja lebih bagus?”.
“Dah tu yang
dia dapat, kerja je la. Jangan memilih sangat, nanti yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran.”
Tak lama kemudian anak MakLong pula keluar universiti. “Pah,
kat tempat anak kau kerja takder kerja kosong ke? Kesian kat Midah aku tu, dah
5 bulan melepak kat rumah tak dapat apa-apa pekerjaan lagi. Kerja kerani pun ok
lah.”
Haa begitulah sikap manusia yang suka memandang remeh pada
sesuatu. Bila tiba giliran dia, baru dia faham akan situasi negara kita
sekarang. Bukan mudah nak memilih-milih kerja.
Sama la jugak macam situasi “Rugi la belajar tinggi-tinggi,
jadi surirumah jer?”. Memang la kalau kerja kita ada duit sendiri serta boleh
menampung perbelanjaan harian. Tetapi bila suami berkemampuan dengan cukup
segala keperluan dan menyuruh kita duduk dirumah sahaja, ada baiknya kita akur
permintaan suami. Kerana itu mungkin lebih baik untuk rumahtangga kita. Bukan
rumahtangga orang lain. Jadi, jangan dengar kata orang lain. Dengarlah kata
suami.
Tak lama kemudian dia berkata “Aku stress la sekarang.
Penat dengan kerja, anak-anak..suami lagi. Tak cukup tangan aku dibuatnya. Dah
la suami aku tak bagi nafkah..dia kata sebab aku dah ada gaji sendiri. Hmm..
sedap la kau duduk rumah je. Dapat kereta lagi, semua belanja suami tanggung.”
So kesimpulannya, jangan meremehkan situasi orang lain sekarang. Kerana
mungkin suatu hari kita pula yang teringin nak jadi macam tu.
Tak kena tak tahu. Dah kena baru tahu.
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment