Thursday 6 June 2013

Bidan Terjun Terjunam.

Dah lepas dah pun hari dimana saya telah menjadi bidan terjun semasa usia 12 tahun, pada 2 Jun 1998.  Pengalaman 15 tahun dulu yang memang tak boleh dilupakan. Menyambut kelahiran anak saudara lelaki yang kini dah membesar panjang menjadi seorang budak lelaki hensem kegilaan ramai.

Selamat Hari Lahir Mohd Hazim Aliy. Nah! Cheese Cake from mak saudara sporting.

Mengimbas kembali.

Lebih kurang pukul 6.30 pagi, sedang saya bersiap-siap nak pergi ke sekolah tiba-tiba kakak mengadu sakit perut. Mak ayah memang cukup cemas sebab kakak saya ni kalau dia kata nak beranak, memang masa tu jugak keluar. Dari pengalaman yang lepas-lepas. Mungkin kali ni terawal dari jangkaan bersalin. Maka mak berlari pergi panggil jiran dalam jarak 5 minit larian pecut pergi dan balik. Ayah pulak start kereta pergi ambik bidan kampung yang jaraknya agak jauh.

Saya relak je sambil sikat rambut dan berbedak lawa-lawa. Maklumlah budak lagi kan, manalah tahu tahap kesakitan orang bersalin macam mana. Tengok muka kakak macam biasa-biasa je. Alaa macam orang sakit perut nak berak. Kejap-kejap ok kejap mengerang kesakitan.

5minit berlalu, mak tak balik lagi. Agaknya jiran tak bangun tido lagi kot. Ayah memang ambik masa dalam 20 minit jugak nak sampai rumah bersama bidan. Tu pun kalau bidan dah gosok gigi. Saya tengok kakak dah turun dari katil. Get ready untuk bersalin kat bawah. Tiba-tiba..

Jaa! Jaaa!! cepat-cepaaattttt!!

Saya berlari ke arah kakak dengan dada berdebar kencang dan terkejut badak sebab kepala baby dah keluar. Terjongol kepalanya licin berkilat dengan air ketuban yang membanjiri bilik. Mujur baby tak kata "hye" je kat saya. Kalau tak.. fengsan!! Tak tahu nak buat apa. Nak pegang takut licin dan baby terjatuh pulak. Tapi terpaksa jugak pegang kepala takut jatuh menghentam lantai. Baby diam tak kata apa. Masa tu saya tengok kakak dah ok, cuma nampak tak bermaya. Kakak suruh terbalikkan kepala baby takut lemas. Tapi nak terbalikkan macam mana? licin macam pegang jelly!

Terkial-kial pegang kepala baby yang dah keluar sepenuhnya. Nak angkat tak reti, baring je baby atas lantai. Haha tak guna punya mak sdara. Mana mak niiiii! Rasa nak berteriak je, dah la baju sekolah warna putih dah bertukar kemerahan bertompok-tompok. 

Tak lama kemudian mak balik bersama jiran, tapi semuanya dah beres. Tak perlu bidan dah, doktor profesional dah ada. Cuma baby je terbaring atas lantai. Hahaha..Cepat-cepat mak ambik kain bungkus sementara tunggu bidan sampai.

*Sekarang pun masih tak pandai pegang baby. Ada anak sendiri nanti pandailah. Hehe.


Thanks for reading...

No comments: