Sebenarnya hari ni saya ada projek besar dan teramat besar. Pagi-pagi lagi dah bertungkus-lumus buat biskut raya sebab pukul 2 akan berlangsungnya projek mega tersebut. Iaitu menonton citer ASOKA di Astro Citra!! Hahaha. Dah lama nak tengok citer best ni kat TV walaupun sebenarnya boleh je download. Tapi nak jugak tunggu, biar berbelas tahun sekalipun. Peliknya citarasa!
Watak Asoka yang dibawakan oleh Shah Rukh Khan dalam cerita ni sungguh menjadi, menyentuh hati, dan terkesan di hati sampai sekarang ni. Begitu juga dengan watak Puteri Kaurwaki yang dibawakan oleh Kareena Kapoor.
Mengisahkan perebutan takhta kerajaan Magadha yang membawa kepada pengembaraan Asoka sebagai orang biasa, lalu bertemu dengan Puteri Kaurwaki dan adiknya Arya, pewaris takhta kerajaan Kalinga yang melarikan diri daripada pembunuh ibu bapa mereka. Asoka telah jatuh cinta dengan Puteri Kaurwaki lalu mengahwininya. Namun, mereka terpaksa berpisah kerana Asoka perlu balik berjumpa dengan ibunya. Tetapi sekembalinya Asoka ke tempat persembunyian Puteri Kaurwaki, dia mendapat perkhabaran buruk mengatakan Puteri sudah dibunuh bersama Putera Arya. Kematian orang yang dicintai menyebabkan Asoka berubah menjadi seorang maharaja yang kejam dan membunuh ribuan manusia dalam peperangan menakluk negara lain.
Boleh dikatakan kisah sebenar Ashoka The Great yang telah diubahsuai menjadi kisah cinta seorang maharaja. Memang sedih cerita ni. 10 tahun dulu pun macam ni jugak perasaan lepas tengok citer ni. Ingatkan dah berubah, rupanya masih sama. Emosi menghantui! Uwaaa...sedey sedey!
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment