Saturday 20 July 2013

Cara Bersauna Secara Semulajadi.

Assalamualaikum.. Sekarang tengah blogwalking seketika sementara menunggu biskut masak dalam oven. Mana yang sempat sahaja. Banyak blog adik-adik manja yang belum diterjah dalam seminggu dua ni. Sabar-sabar.. tunggu akak ye adik-adik.

Tadi kat dapur dah berpeluh-peluh dek kepanasan oven. Tapi jangan biarkan peluh menitis dalam biskut pulak. Kan termasin jadinya.Keluar sekejap menghirup udara segar, namun tiada angin yang bertiup. Bagus jugak panas-panas macam ni, boleh mengeluarkan peluh tanpa bersenam. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak membuka kipas walaupun panas membahang. Badan terasa macam sedang bersauna dalam rumah. Kalau macam ni tak perlu guna alat untuk sauna dah. Guna kaedah semulajadi je, lebih jimat.


Pasni confirm berat badan cepat susut, lebih-lebih lagi di bulan puasa ni. Cuma tak tahan dahaga je lah. Cuba alihkan fikiran, jangan asyik fikir dahaga. Sibuk-sibukkan diri dengan kerja rumah dekat-dekat nak raya ni.

Thanks for reading..

No comments: