Wednesday 3 July 2013

Malu seorang isteri.

Assalamualaikum.. Bila sudah diasuh untuk rasa malu terhadap pelbagai perkara, ia buat kita berdisiplin. Mak kata, "Kalau malas jangan makan". Jadi kalau mak goreng cempedak contohnya, saya malu nak makan sebab mak dah perli macam tu. Tadi mak suruh goreng cempedak tapi saya tak endahkan. Sekarang bila mak sendiri yang goreng, malu pulak saya makan.

Bila datang ke rumah mertua, rasa itu terikut-ikut. Rasa malu nak makan bila mak mertua yang masak. Saya akan bantu sedaya yang mungkin demi melumpuhkan rasa malu tersebut.

Mak kata lagi, "Kalau pukul 8 pagi baru nak bangun, baik tak payah jadi perempuan". Benda paling memalukan bagi saya ialah bangun lewat pagi bila tido dirumah orang. Rasa nak selaputi muka dengan tepung. Selama setahun lebih tinggal di rumah mertua, tidak pernah sekali saya bangun lewat walaupun demam!

Bila menjadi seorang isteri, saya malu bila suami berpakaian selekeh atau tidak bergosok. Dimana tanggungjawab isteri? Dengan adanya rasa malu itu, saya tak pernah abaikan pakaian suami. Termasuklah sarapan pagi. Bayangkan pagi-pagi suami melepak kedai kopi untuk makan sebungkus nasi lemak. Isteri tak masak ker? Rasa macam tak nak tunjuk muka kat kawan-kawan Mr.K kalau jadi macam tu. Tak kan sesekali memberatkan tubuh untuk masak sarapan pagi. Ia adalah wajib!

Baju coverall pun gosok jugak, baru hensem bergaya suamiku tercinta.

Jadi.. terapkan rasa malu dalam diri anak-anak anda sejak kecil. InsyaAllah, dia pandai membawa diri walau kemana dia pergi.


Thanks for reading..

No comments: