Thursday, 15 August 2013

Aku nak meniaga apa?

Assalamualaikum.. Tak pernah terfikir pun untuk buka perniagaan kek macam sekarang..Dulu buat secara sambilan je. Ada orang nak makan baru buat. Tapi fikiran masih lagi tercari-cari perniagaan apa untuk diceburi. Modal ada, ilmu ada.. tapi, apa yang sesuai dan apa yang akan kekal? Sepastinya minat dan keinginan kena ada. Kemahiran juga perlu.

Ditambah pula, tiada dorongan dari sesiapa. Hanya angan-angan sendiri. Tak tahu nak mintak tolong sapa dalam memberikan idea terbaik. Mr.K? Sudah tentu la dia suruh bergoyang kaki saja kat rumah. Haa satu lagi, perniagaan tu harus la dari rumah. Dan bukannya kena keluar pagi balik malam dalam keadaan penat. Sebab Mr.K lebih diutamakan. Kalau dia disisihkan, alamatnya tak sampai ke mana la perniagaan tu.

Jadi sebelum menemui jalan yang lurus lagi betol, saya menceburi pelbagai bidang.. dari dunia kecantikan, ke dunia kesihatan.. dari dunia MLM ke dunia masakan. Semuanya hanya sementara. Tapi jangan risau dan jangan sesekali berputus asa. Jika minat berniaga tu ada, cepat atau lambat ia pasti datang. Sesuatu yang ditakdirkan sesuai untuk kita. Hehe

Sekarang saya masih lagi mempelajari teknik-teknik dalam menghasilkan kek terbaik. Ramai yang bertanya, "mana awak belajar semua ni?" Kita dah canggih sekarang, gunakanlah teknologi ke arah keuntungan. Jawapannya, SAYA BELAJAR GUNA YOUTUBE JE BEB!


Selain dari mengikuti kursus kek, buka Youtube dan tengok cara orang putih buat kek yang jauh lebih bagus dari kita. Wow! So amazing!

..Jangan sesekali berputus asa dari mencari peluang. Terus belajar dan belajar apa saja ilmu kemahiran.

Thanks for reading..

No comments: