Monday, 19 August 2013

Bersoleklah Untuk Suami.

Assalamualaikum.. Cu tengok gambar sebelum dan selepas bersolek kat bawah ni. Memang berbezakan? Cun giler lepas bersolek. Berubah terus. Cuba bayangkan reaksi suami kita kalau terpandang wajah cun melecun selepas bersolek kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya yang pucat dan tidak bermaya. Tapi jangan la sampai make up macam nak pergi ke majlis tari menari. Cukup sekadar menceriakan wajah dengan mengenakan sedikit lipstik dan bedak. Tu pun dah menawan hati suami.





Dengan rambut yang tersikat kemas, wajah yang ceria dan tidak pucat, pakaian yang kemas dan tidak berselekeh. Kita akan nampak sentiasa cantik di mata suami. Amat berbezakan bila rambut didandan cantik jika dibandingkan rambut yang dibiarkan mengerbang macam hantu Kak Limah. Sebab tu rambut ni mahkota wanita.. hanya untuk suami sahaja tau. 

Jangan kata yang bersolek ni tujuannya untuk cantik ketika keluar rumah je. Tengok contoh mak mertua saya yang sentiasa menjaga penampilan dalam rumah terutamanya bila abah mertua dekat nak balik kerja. Mesti dia mandi dan bersiap cantik-cantik. Si menantunya apa lagi, mengikut jejak la. Haha.. Sebab Mr.K memang sebiji sikap abahnya. Sukakan kecantikan dan keceriaan. 

Jom ubah penampilan dalam rumah..untuk suami tercinta.

Thanks for reading..

No comments: