Monday, 19 August 2013

Kisah Kucing 1 : Aku Buang, Aku Kutip.

Assalamualaikum.. hari Jumaat lepas, saya balik kampung untuk mengambil mak ayah pergi ke kenduri di Kota Bharu, Kelantan. Sampai je rumah, saya terdengar bunyi anak kucing mengiau dengan kuat dalam guni yang terikat. Ayah kata anak kucing orang buang. Ada jugak yang buang kucing kat dalam hutan terpencil ni? Kesian pulak kat anak kucing tu. Ayah masukkan kat dalam guni sebab nak buang kat tempat lain. Mak saya memang sejak azali lagi tak suka kucing, jadi terpaksa la buang.


Sampai di kawasan perumahan saya berhentikan kereta dan buka guni tu. Seekor anak kucing berwarna hitam yang masih kecil keluar sambil mengiau dengan kuat sebab kelaparan. Memang kesian. Ya Allah, semoga kucing ni diambil dan dipelihara orang-orang yang baik.

Petang, dalam pukul 6 lebih kami melalui jalan yang sama untuk pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya kerana kuing tu masih tercegat kat situ sambil mengiau sehingga suara pun dah serak. Ya Allah, tiada sesiapa yang nampakkah? Kenapa anak kucing ni tak berjalan pergi ke rumah berdekatan? Pelbagai persoalan muncul dan rasa sedih menerpa. Cepat-cepat berhentikan kereta dan ambik balik kucing tu. Kakak saya terus bagi keropok lekor. Ya Allah, betapa laparnya anak kucing tu. Terus diterkamnya keropok lekor..habis 2 batang baru diam. 

Dari pagi sampai petang.. kami jugak yang ditunggunya?? Akhirnya kakak yang ambil dan bela anak kucing tu.. Saya? Masih lagi fobia kerana kucing kesayangan mati akibat kesilapan diri sendiri suatu ketika dulu. Kesedihan tu masih ada walaupun dah berbelas tahun. 



Thanks for reading..

No comments: