Thursday 1 August 2013

Fitnah Terhadap Si Mati.

Assalamualaikum.. Hari Jumaat lepas ada kemalangan tragis yang berlaku kat depan rumah kakak saya di kampung. Kemalangan yang melibatkan 2 buah kereta. 3 meninggal dan sorang masih hidup.


Yang menjadi ceritanya disini ialah, 2 lelaki yang menaiki kereta lain bertembung dengan 2 perempuan yang menaiki kereta lain. Dan kedua-dua lelaki tu budak kampung kami juga. Sudah ada isteri dan anak yang masih kecil.


Orang kampung yang tak tahu apa-apa menerima khabar angin mengatakan 2 lelaki tersebut kemalangan bersama 2 perempuan dalam kereta yang SAMA. Maksudnya disini, salah maklumat! Maka kecohlah orang kampung membuat andaian bahawa 2 lelaki tersebut membawa perempuan lain di bulan puasa yang mulia ni. "Haa.. buat maksiat la tu. Sebab tu accident!"
 "Oo..angkut perempuan rupanya"
"Haa.. padan muka! Dah ada anak bini pun nak main perempuan lagi!"

Baru terima maklumat yang entah betol ke salah, tapi mereka dah sebar cerita satu kampung mengatakan mereka buat maksiat di bulan puasa. Kemudian baru ada maklumat lain yang sahih mengatakan mereka hanya berdua dan 2 orang lagi menaiki kereta lain dari arah bertentangan. Maka, sepilah mereka dan agak tak puas hati sebab dah tak ada cerita hot nak hebahkan.


Orang dah meninggal kot. Yang kita masih lagi duk mencanang keburukan orang tu kenapa? Biarlah dia dengan Allah sahaja. Tak usah disebarkan lagi. Kalau cerita tu tak betol macam mana? Macam mana nak minta maaf dengan si mati???


Thanks for reading..

No comments: