Wednesday 31 July 2013

Lailatulqadar Malam Yang Dinanti.

Assalamualaikum.. Apakah tanda malam Laitulqadar? Dan siapa antara kita yang pernah mengalamainya? Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar :
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar, melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  2. Ada pula yang berkata dia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  3. Ada juga yang berkata dia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  4. Ada pula yang berkata doa permohonan mereka dimakbulkan.
Imam Tabari r.h. menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya dia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan, samada dia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.



Thank for reading..

No comments: