Wednesday, 28 August 2013

Jom Bersantai Bersama P.C.L!


Assalamualaikum.. Selamat pagi bloggers..Akhirnya tiba giliran abang blogger pula untuk direview iaitu P.C.L! Pemenang bertuah Segmen Gempak Mieza Jhaa K No.11..Yeaa... Amat bersyukur dan berbangga sejak berkecimpung dalam dunia blog kerana dapat berkenalan dengan ramai kenalan di seluruh Malaysia termasuklah P.C.L. Nanti kalau saya pergi Banting, Selangor kita jumpa tau..hehe

Blog http://www.nazlee.com/ banyak menceritakan tentang kehidupan keluarga beliau serta masyarakat sekeliling. Mula-mula tertarik dengan blog beliau dulu pun kerana entri yang santai namun ada penerapan ilmu di dalamnya. Ringkas, mudah dibaca, mudah faham, santai serta bermanfaat. Baguskan? Tak la bercerita hal kehidupan sahaja, namun ada pengisian jiwa.

Jom tengok gamabr-gambar keluarga P.C.L

Nurhanis Umairah Nazlie

Nina Nazlee

Adik dan Kakak..Semoga menjadi anak-anak yang solehah.

P.C.L bersama keluarga di Pantai Morib

P.C.L dan keluarga di Melaka

Menaiki Feri ke Pulau Pinang

P.C.L pandai masak Char Kuey Teow.. Dashat ooo.. resepi dari MamaD.

Lucu pulak gambar ni..hahaha

Kata-kata Nasihat P.C.L :
Bukan Nak Bangga, Tapi Inilah Hakikatnya. 
..kawen cepat lah yer...jgn lambat2, kawen muda ni untung...untung sebab anak2 orang lain kecik2 lagi..bila depa dah besar boleh la buat kawan...bukan nak bangga kat sini tapi ini lah hakikatnya..Syukur Alhamdulillah. 
Mengalah Tidak Beerti Kalah 
Dalam frasa hidup berumah tangga, "sedangkan lidah lagi tergigit" sememnagnya sudah biasa.
Daripada sudut positifnya, sebenarnya pergaduhan/pertengkaran itu adalah bagi mencapai tujuan sesuatu yang terbaik. Inilah yang sering terjadi dalam hidup kebanyakan pasangan suami isteri.
Sekalipun anda di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau anda beralah lagi-lagi dalam perkara yang melibatkan rumah tangga sendiri?
Orang yang beralah akan menang besar kemudiannya. Banyak perkara mungkin akan berlaku dapat dielakkan. Mengalah tidak bererti kalah, anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul, tapi kalau dah betul-betul salah tu ..emm, sebaiknya menagaku saja lah, habis.. titik !
Ibubapa sendiri selalunya akan berpihak kepada anaknya sendiri...ingat tu !
Sebolehnya jangan libatkan mereka. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
Begitu juga hidup ini..
...tanpa melalui kesusahan atau kesulitan sebelumnya..
kita tidak akan merasa kesenagan atau kebahagian yang sebenar-benarnya..
Begitu juga hidup ini..

Kata- kata Buat Sahabat 

BILA KITA BERSEORANGAN BUKAN KITA TIDAK BERTEMAN, BUKAN JUA BERSENDIRIAN. TAPI AKAL YANG SEJENGKAL ITU TEMAN, ILMU DI DADA ITU KAWAN DAN IMAN YANG KUKUH ITU SAHABAT...


Thanks for reading..

No comments: