Tuesday 27 August 2013

Keaslian Rasa Masakan.

Assalamualaikum.. Seawal 5:00 pagi dah bergema dapur dengan bunyi lesung batu. Alas dengan kain kurang sket bunyi. Si Miejhaa masak apa? Nasi tamato beb!
 

Walaupun zaman sekarang orang dah tak pakai lesung batu kot. Pakai blender je senang. Tapi rasa macam tak best je. Masakan tak seenak zaman kecik-kecik dulu, lain macam je. Nak jugak pakai lesung batu, baru ada rasa keaslian masakan di samping guna rempah ratus asli. Bukan pakai rempah segera, main campak je.

Zaman moden, semua dah menjadi mudah. Lemang, ketupat, kuih..semuanya segera. Menyebabkan wanita hari ni dah tiada kualiti macam zaman mak kita dulu. Tapi hantaran kawin bukan main tinggi.. Buat malu je..

Thanks for reading..
posted from Bloggeroid

No comments: