Monday, 26 August 2013

Kisah Kucing 2 : Arwah Comel

Assalamualaikum.. Nak citer asal usul kenapa saya takut sangat nak bela kucing. Tapi bukan takut macam mana pun bila dah berumahtangga ni..takut berak merata dan bikin stress tu satu hal. Dan lagi satu nak tinggal rumah lama-lama tu fikir macam-macam. Takut dia mampos la..takut dia hilang..bikin stress aja dong.


Peristiwa ni berlaku semasa banjir besar di Kampung Anak Musang, Jerteh Terengganu pada tahun tak ingat. Masa tu sekolah rendah lagi. Tinggal kat rumah kayu yang tinggi ada tiang-tiang. Mujur tinggi, kalau tak tenggelam habis.

Masa tu saya bela seekor kucing bernama Comel. Memang comel dan manja. Saya bila dah sayang sesuatu memang sayang giler-giler, macam sayang kat manusia jugaklah kiranya. Hujan lebat yang semakin menjadi-jadi tu buat saya risau kot-kot si Comel terjatuh dalam air dan mati lemas.

Tido saya tak lena, asyik teringat kat Si Comel di luar rumah. Sebab mak tak bagi bawak masuk kucing dalam rumah. Kalau berak, mati la kena membebel kat mak.

Jadi sebagai jalan penyelesiaan saya ikat leher Si Comel kat beranda rumah dan bagi makan. Siap letak tempat tido lagi. Tak nak dia pergi mana-mana atau terjun dalam air.

Bangun keesokannya tiada suara Comel kedengaran. Cepat-cepat keluar rumah jenguk kat beranda tapi tak ada. Mana dia pergi? Air dah surut sket. Saya terpandang tali yang terjuntai ke bawah rumah bersama dengan Comel yang dah mati tergantung!

Apa lagi, menangis tak berlagu la sampai sekarang kalau terkenang kat Comel tu. Maafkan saya Comel...

Baca Kisah Kucing 1..

Thanks for reading..

No comments: