Tuesday, 20 August 2013

Permainan Baru..

Assalamualaikum.. Hari tu selepas raya teringin nak mendaki Bukit Bauk sorang diri. Memandangkan dah ramai pengunjung yang buat exercise kat sana, selamat la tu kiranya. Tapi mengenangkan tak pernah pergi sorang rasa takut la pulak. Sebab kawasan hutan dan terpencil.. sepatutnya berjalan dalam kumpulan.

Kebetulan hari tu pergi kenduri ke Kota Bharu, singgah sekejap kat kedai barang terpakai Tok Bali yang glemer dengan barang murah gilak tu. Ayah pernah beli sofa jenama Lorenzo yang masih elok dengan harga RM180 je. Kalau beli baru rasanya mencecah 3ribu!

Masuk dalam kedai, tak ada apa yang menarik sebab barang belum sampai. Hajatnya nak beli meja kecik yang cute-cute tu..tak pun kerusi. Masalahnya tak ada. Lepas belek-belek seketika, terpandang alat senaman yang masih berbalut plastik. Wauu masih baru berkilat lagi, mesti mahal nih.

Masih lagi dalam keadaan baik..

"Kak, berapa ringgit alat senaman nih? Bagi murah-murah dah la." Haha..sempat lagi mintak murah.

"Yang tu RM50." Fuh! ok dah tu..Namun dalam hati rasa nak mintak kurang lagi. Lepas tu kakak saya tersangkut pulak permaidani yang cantik. "Haa..beli 2 benda ni, boleh la mintak kurang lagi ni."

Last-last dapat jugak dengan harga RM20!! Haha

Best tau pagi-pagi layan benda tu.. berpeluh-peluh dan semput macam naik tangga bangunan 5 tingkat. Nampaknya tak perlu dah kot mendaki Bukit Bauk.

Thanks for reading..

No comments: