Friday, 30 August 2013

Secebis Kisah Di Suatu Masa Yang Lalu


Assalamualaikum.. Kak Mizz Aiza, nama yang seakan-akan diriku. Dulu nama blog saya pun Mizz Jhaa.. tapi lebih serasi dengan nama Mieza Jhaa K. Hehe.. Apa persamaan antara kami? Bukan sekadar nama je sama, tapi pengalaman hidup juga luas. Kemungkinan pengalaman hidup kami juga hampir sama. Dah lama terpendam di hati sebenarnya. Yezz, hari ni boleh luah apa yang terbuku.

Tapi entri Kak Aiza yang nak direview ni buat saya menangis di perenggan ke 10!! Uwwaaa..dah la saya ni manja, diberinya pulak entri sedih ni..waaaaaa!!

Gambar sekadar hiasan - Google

Kisah ini menceritakan tentang pemergian ayah Kak Aiza menemui Penciptanya pada 24 Julai 1995 iaitu sehari sebelum Kak Aiza menduduki peperiksaan UPSR. Saya pulak masa tu baru 9 tahun, darjah 3 *nak jugak selit umur sendiri.

Ayah Kak Aiza menemui ajal selepas menghantar Kak Aiza dan Adiknya ke sekolah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Motor yang ditunggangi ayah Kak Aiza bertembung dengan seekor kerbau yang melintas jalan secara tiba-tiba.

Saat yang paling hiba, bila atok Kak Aiza datang mengetuk pintu dan dengan genangan air mata beliau berkata, "Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT kita kembali. Ayah kamu sudah pergi menemui Allah SWT..." Masa tu air mata saya mencurah-curah bagaikan menyiram pokok bunga pagi.. dan selesemaku mula bertandang kembali...sob sob..

Lebih memilukan, selepas pemergian ayah beliau maka bermulalah cabaran baru dalam hidup mereka kerana sudah kehilangan tempat bergantung. Ketabahan mak Kak Aiza membesarkan 2 orang anak dengan bekerja menoreh getah, sekali lagi amat meruntun hati. Tanpa kehadiran seorang insan bergelar suami di sisi, mak Kak Aiza bekerja keras sehingga 2 anaknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan mendapatkan segulung ijazah.

Sila pergi ke blog Kak Aiza untuk membaca kisah yang amat sedih ni.

Pada penilaian saya, kisah ini amat berkesan di hati pembaca kerana memang kisahnya yang sedih dan paling penting penulisan yang bagus dengan penggunaan ayat serta tatabahasa yang cukup baik. Nampaknya Kak Aiza bukan calang-calang orang dalam bab penulisan. Memang mengagumkan. Saya bagi 98/100. Tidak mustahillah kebanyakan entri Kak Aiza menarik perhatian saya sebelum ni. Suka bertandang dan membaca info-info menarik dari Kak Aiza. Terbaekk!

Apa komen saya?


Komen Terbaik.



~ Sila berkunjung ke blog Kak +Mizz Aiza DUNIA KECIL.

Thanks for reading..

No comments: