Sunday, 18 August 2013

Taktik Si Curang.

Assalamualaikum.. Bila terbaca status budak-budak kat FB pasal boyfriend mereka curang atau berubah, rasa nak bagi tips dan berkongsi pengalaman yang saya alami sendiri zaman bercinta sakan dulu. Nak tanya sket, manis sangat ke bercinta ni? Untuk pengetahuan adik-adik, akak Miejhaa kau ni menyesal tak sudah dan meluat-luat dengan pengalaman cintan-cintun zaman remaja. Tapikan nak buat macam mana, benda dah lepas dan semua tu jadikan pengajaran dalam hidup.

Dulu zaman sekolah memang tak pernah bercinta dengan sesiapa. Kalau minat kat budak kelas elit tu ada la. Tu pun sebab kebijaksanaan, perwatakan matang, dan hensem. Hehe.. tapi pandang jauh-jauh je, siapa la kita ni nak bercinta dengan budak lelaki 11A+ setiap kali exam.

Haa.. masuk zaman IPT, dugaan teramatlah hebat. Kalau zaman sekolah, tak pernah ada lelaki sebut "peeeewwwiiiit!!" Tapi zaman IPT pulak rasa macam duduk dalam zoo. Si lelaki berkokok sana-sini siap main kejar-kejar lagi. Habis kelas, dia dah tunggu depan kelas. Saya lari la, tapi dia kejar jugak. Berminat nak berkenalan katanya.


Lama-lama cair jugak. Teringat pesan mak, "kalau nak bercinta tak payah sekolah!!" Waa..takut la pulak. Fikir banyak kali sebelum buat keputusan. Namun, dah tertertulis yang saya akan terperangkap dengan cinta, dicurangi, putus cinta, dan merana kerana cinta. Dulu tak pernah terfikir yang saya akan jadi sampai macam tu sekali. Saya pernah berkata, "Aku takkan jatuh cinta dengan lelaki. Aku benci lelaki!" Namun ego remaja perempuan, sekuat manalah sangat mampu bertahan.

4 tahun bercinta, pelbagai ikrar dan janji setia sehidup semati dipegang kemas. Namun apakan daya, bila berjauhan dan tamat pengajian, lain pulak jadinya. Bila jumpa je, handphone memang tak letak atas meja dah. Disembunyikan dalam poket kemas-kemas. Kalau dapat pun memang tak boleh buka. Ada password. Haha

Pastu pulak, untuk pengetahuan remaja perempuan..senang je lelaki nak sembunyikan no fon kekasih baru dan kaburi mata kita. Dengan menyimpan nama kekasih menggunakan nama lelaki. Hisyam nama diberi. Kuingatkan kawan lelaki, rupanya perempuan.. siap hantar mesej "Bie buat apa tu?"

Haiyaa!! gay ke??

hmm.. pantang kena tipu!

Lagi satu, kalau dia kata yang dia dah berubah dan perempuan tu dah ditinggalkan, ada baiknya tak usahlah terlalu percaya. Haha.. bukan senang dia nak tinggalkan perempuan yang dah melekat di hati. Okay gurlzz! Pesan dari akak, pandai-pandai la jaga diri dan jadilah seorang yang bijak. Jangan mudah ditipu dan diperdaya. Sesungguhnya harga diri kita lebih mahal dari hubungan cinta.

Thanks for reading..

No comments: