Saturday 17 August 2013

Segalanya musnah..

Assalamuakaikum.. maaf sekali lagi uolls..baru boleh buka wifi gara-gara litar pintas yang membakar segala fuse hingga berbau hangit seluruh rumah. Nasib baik tak terbakar rumahku. Bahaya betol.

Pagi tadi tengah syok buat kek, tetiba ada bunyi semacam dalam mesin basuh dan beberapa saat kemudian ada bau hangit terbakar siap dengan asap lagi. Panik seketika. Nyaris nak lari keluar dah. Syukur Mr.K ada kt rumah, kalau tak memang start kete lari ke rumah mertua kot.
Syukur alhamdulillah setelah seharian berpanas tanpa elektrik, akhirnya segalanya ok. Ni semua gara-gara oven yang banyak pakai tenaga. Harap mesin basuh tak rosak. Cuma kek je separuh masak dan ada adunan yang masih belum dibakar. Dugaaannn.

Segala tempahan kek untuk hari ni juga terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Mujur jugak mereka memahami. Harap lepas ni segalanya ok.

~Rumah sekarang kurang kualiti. Harga mahal, tapi tidak mementingkan keselamatan pembeli dengan pemasangan wayar elektrik yang cincai-cincai. Pakai fuse murah..semua nak murah. Nak cari untung semata-mata.

Thanks for reading..

posted from Bloggeroid

No comments: