Monday, 30 September 2013

Kehidupan Tak Sihat Bermula

Dulu nak jadi surirumah sebab nak jaga makan minum suami, dan beri segala perhatian sebagai isteri dengan sebaiknya. Namun bila dah berniaga, lain pulak jadinya.

Sedang tunggu nasi ayam untuk makan malam Mr.K

Bila penat, mula nak beli makanan kat kedai. Rasa letih nak masak. Lagipun rasa macam tak berbaloi sebab Mr.K sorang je makan. Saya pulak makan roti cicah kopi je. Tengok, ada saja alasan, padahal memasak dirumah dan air tangan isteri amat penting dalam kehidupan berumahtangga.

Apa nak buat, terpaksa sebab kesuntukan masa. Alasan lagi..hhaha. Inilah permulaan kepada kehidupan yang tidak sihat. Bila isteri bekerja, rumahtangga mula tidak terurus sedikit demi sedikit. Lama-lama tak peduli langsung atau makin cincai-cincau.

Bila suami setiap hari asyik makan makanan kedai je, baik tak payah ada isterikan? Bagi saya la..orang lain mungkin tak fikir macam tu kot.

Apapun jangan beralasan lagi lepas ni. Penat macam manapun kena masak jugak sebab suami tak pernah suruh bekerja pun. Suruh jadi isteri sajakan? So, jadilah isteri. Jangan bagi alasan penat bekerja.

Thanks for reading..

No comments: