Saturday, 5 October 2013

Kasut KOKO menjadi pilihan.

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Akhirnya hari ni dapat jugak berehat sambil-sambil blogwalking. Terharu sangat dengan sikap anda semua yang tak lokek untuk datang ke sini dengan meninggalkan komen dan menambah nilai PV. Maafkan saya kerana tak dapat berkunjung balas. Namun hari ini saya cuba untuk menyelongkar entri-entri uolls yang belum terbaca tu. Sekali datang habis ku redah!

Berbalik kepada entri semalam, ada dua pertanyaan disitu. Mana satukah kasut pilihan Mr.K dan kasut manakah yang sama dengan perwatakan saya??

Ini jawapan mereka..

Saya amat suka komen dari Aisya. Terima kasih dear. Amat bersesuaian dengan perwatakan sebenar Mr.K, saya serta si putih. Memang si putih agak cerewet dan terpaksa diberikan perhatian lebih, namun Si koko pandai jaga dirinya sendiri. Hehehe. Paling suka ayat "..kita pulak yg nampak selekeh pakai kasut yang kelihatan kotor." Bagi saya ia amat mendalam bagi menggambarkan situasi sebenar. 

Kasut putih memang nampak mewah, tetapi Mr.K jenis low profil orangnya. Tak suka sangat sesuatu yang menonjol dan bergaya. Cukup sekadar selesa dan elok dipandang.

Benar kata Perdu Cinta. Mintalah bantuan akal fikiran yang waras.. Terharu sangat bila dikenangkan balik. Terima kasih dear.

Ye.. akhirnya Mr.K pilih coklat tanpa ragu-ragu. :))



Akhirnya Mr.K memilih kasut koko walaupun kasut tersebut tidaklah secantik Si Putih. Walaupun nampak biasa-biasa saja, namun ia tidak pernah membuatkan Mr.K nampak comot selama 3 tahun memakainya tanpa basuh atau lap. 

Kasut koko mewakili saya yang agak kekampungan namun tidak menyusahkan. 


Thanks for reading..

No comments: