Friday, 4 October 2013

Susahnya Memilih Antara Dua Yang Terbaik.

Assalamualaikum. Kadang-kadang bila kita terpaksa memilih antara dua, ia seringkali buat hati kita gundah-gulana dan keliru. Antara dua yang terbaik, mana satukah patut menjadi pilihan? Jika tersalah pilih, menyesal kemudian tiada gunanya lagi. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pasangan hidup yang akan berada disisi kita selamanya jika dipanjangkan jodoh. Pilihan yang terbaik, baiklah situasi dan kehidupannya akan datang.

Ramai yang masih tercari-cari pasangan hidup diluar sana. Tak tahu mana nak pilih atau tiada langsung calon yang tersangkut. Yelahkan, orang lelaki walau kekasihnya cantik menawan dan seksi, tetapi bakal isteri idaman tentulah yang berperawatakan keibuan dan solehah. Tak gitu?

Gambar pada tahun 2010, saat Mr.K keliru memilih kasut untuk barang hantaran perkahwinan kami.

Susahnya memilih antara dua yang terbaik. Kedua-duanya bagus, cantik, berjenama. Kalau boleh nak memiliki keduanya sekali. Tetapi, jika satu je yang kita mampu miliki, maka kita terpaksa menilai dari segi banyak perkara. Memang keduanya cantik dipandang, tetapi yang manakah pilihan terbaik?

Antara warna putih dengan warna koko, memiliki rupa yang berbeza. Warna putih lebih nampak cantik dan sesuai untuk dipakai semasa menghadiri majlis formal. Namun, tidak boleh dipakai untuk melawat tapak dan sewaktu dengannya kerana cepat kotor. Manakala warna koko nampak lebih lasak, sesuai untuk apa saja dan kemana saja walaupun rupa tidak secantik si putih.

Mr.K tidak suka sesuatu yang cerewet dan agak malas untuk memberikan perhatian lanjut. Dia lebih suka sesuatu yang bermanfaat untuk jangka masa panjang. Baginya kecantikan bukanlah segalanya, tetapi keselesaan dan bersifat fleksibel lebih menjadi pilihan. Agaknya, yang mana satukah kasut pilihan beliau??

Pilihan Pasangan Hidup Mr.K.

Akhirnya beliau memilih saya yang berpewatakan hampir sama dengan ibunya. Riang, suka ketawa, tidak pemarah, sabar, tidak suka membebel, dan peramah. Walaupun kekasihnya dulu cantik dan berpendidikan tinggi lebih dari saya yang hanya setakat Diploma dan bekerja di tapak pembinaan. Dengan muka hitam legam disimbah sinar mentari serta agak kolot dalam pelbagai hal. Haha..

Kadang-kadang orang yang dah lama kita kenal hati budinya, belum tentu dapat menjadi isteri atau suami yang terbaik. Apapun jika kekeliruan itu masih menghantui diri, buatlah solat Istikharah. Mudah-mudah Allah S.W.T membantu kita dalam memberikan petunjuk. 

#Gerak hati kuat mengatakan, dialah jodohku yang terbaik. 

#Agaknya mana satukah kasut pilihan Mr.K dan kasut manakah yang sama dengan perwatakan saya? *Kepada yang mengenali diri ini.. :))


Thanks for reading..

No comments: