Thursday, 10 October 2013

Kegarangan Ayah Mendisiplinkanku.

Assalamualaikum.. Bila tengok budak sekarang yang langsung tak menghormati dan takut kepada ibu bapa, terkenang pula kebengisan bapaku yang tiada tolok bandingnya. Ketika mak panggil, berlengah sikit pun tak kisah lagi. Sekali ayah yang panggil.. Berdesup!! Terus ghaib dan muncul depan ayah tak lebih dari sesaat. Kalau boleh. Haha.. Itulah tahap ketakutanku kepada orang bernama Pok Mood zaman kecil-kecil dulu.

Inilah Pok Mood..bukan superman ok. Tidak suka berbaju tapi suka pakai kain atas belakang macam superman. Sekarang ayah dah tua..anak-anak pun dah besar. Dah tak bengis macam dulu lagi.

Namun kegarangan ayah banyak mendisiplinkan diri ini.

Takut nak bangun lewat.
Saya tidak akan sesekali bangun lewat melebihi pukul 7 pagi. Paling lewat pun pukul 6.30 pagi. Takut you! Sekali kena simbah air, habis basah kelambu dengan tilam kekabuku. Nasiblah.. Tapi tak pernah kena pun lagi masalahnya. Cuma ketakutan menyebabkan saya berfantasi. Hhahaha..Kalau mak yang membebel tu adalah. "Miejhaa!! Bangun la.. buat lempeng dulu sebelum pergi sekolah!" *Hmm..taik mata bertempek lagi, bangun goreng lempeng. Sedap..rasa masin-masin gitu.

Tak boleh pasang tv waktu Maghrib.
Haa..yang ni pernah kena. Pucat you! Masa tu tengah syok tengok kartun. Ayah pulak tengah solat Maghrib. Lepas ayah solat terus dia tutup suis tv. Sunyi sepi.... Pucat...  Sampai sekarang tak berani buka tv waktu Maghrib.

Takut balik rumah selepas pukul 6.
Kali ni kena lontar gelas plastik pulak gara-gara balik lewat. Ini pengalaman kali pertama pergi rumah kawan sebab nak belajar Matematik. Esok ada periksa akhir tahun. Bila dah jumpa kawan, lupa dah nak tengok jam. "Mampos aku kali ni." Sampai rumah kena lontar gelas plastik atas dahi. Ambik kau! Lepas tu memang tak keluar kemana dah.

Jangan sesekali tinggikan suara.
Yang ni ayah paling pantang. Tak kira siapa, asal tinggi suara je..tinggilah mata parangnya.

Tak boleh berpakaian ketat.
Walaupun saya dah besar, dah berkahwin, saya tak berani nak pakai ketat-ketat depan ayah. Tengok ayah membebel pasal anak orang lain pun saya dah tahu yang ayah tak suka. Jadi, jangan sesekali memakai kalau taknak kena bakar 1 almari pakaian..

Solat lewat kena marah.
Masa tu saya tengah solat Asar. Beberapa minit lagi akan kedengaran azan Maghrib berkumandang. Kedengaran ayah membebel kat belakang, "solat apa masa ni??" Gugup! Bacaanku entah kemana hala..haha

Haa..takut tak adik-adik?? Tu baru 1/3 akak kongsikan. Jangan main -main dengan Pok Mood kalau tak nak kena 'sembelih'. Budak sekarang..ada mereka kisah?? Garang ke tak..tetap tak makan saman. Apa la yang mereka makan agaknya.

Thanks for reading...

No comments: