Sunday, 17 November 2013

Dah macam kena dera..

Assalamualaikum.. Pagi tadi teringin nak buat mee tomyam, tapi serai pulak takder. Apa lagi, sanggup redah belakang rumah yang berumput basah setelah disirami hujan dan langsung tidak menghiraukan haiwan berbisa yang ada sekeliling pokok serai tu. Hentam sajalah asalkan dapat buat mee tomyam untuk sarapan.

Selepas berhempas pulas mencabut serai yang dipenuhi daun tajam yang miang, akhirnya berjaya jugak dapatkan 3 batang. Lepas siap makan baru perasan lengan dah berbirat-birat macam kena rotan. Saya kira lebih kurang 20 kesan hirisan daun serai kat lengan, macam kena cakar kucing pun ada. Siap ada yang berdarah! Biar betol, sampai macam ni sekali. 

Gambar google je ni

Lepas tengok kesan hirisan tu baru terasa pedih, sakit la macam-macam. Manja betol otak kita kan? Kalau tak tengok, tak terasa pulak sakitnya. Hanya terasa miang-miang biasa je. 

No comments: