Saturday 16 November 2013

Khatam buku ni dulu..

Assalamualaikum.. Tadi balik dari majlis konvokesyen adik ipar di UITM Dungun, Mr.K menghulurkan senaskah majalah sambil berkata, "Nah khatam buku ni dulu.. baru boleh beli handphone baru."

Waau.. Majalah eRing laa.. i like!


Majalah eRing bulan ni mengetengahkan smartphone yang paling hot dan terbaru ketika ini iaitu Nokia Lumia 1020, Samsung Galaxy Note 3, dan Sony Xperia Z Ultra. Ketiga-tiganya ada kelebihan masing-masing yang jauh lebih hebat berbanding generasi sebelumnya.


Kui kui..maknanya saya kena habiskan malam ni jugak. Esok dapat hp baru kot! Yeeaaa!

Mampukah ku habiskan buku yang agak padat dengan pelbagai smartphone pintar serta canggih manggih ni? Memang banyak keluaran terbaru yang mengancam nampaknya. Makin banyak pula yang berkenan di hati. Tapi setakat ni Samsung Galaxy Note 3 masih menjadi pilihan utama. Sony Xperia Z1 pun bagus. Tetapi Nokia Lumia 1020 lagi bagus kameranya. Alamak! Makin pening macam ni.


Majalah eRing ini amat sesuai bagi penggemar-penggemar gadjet baru dan sesiapa yang masih tercari-cari smartphone yang sesuai. Anda boleh membuat pilihan dengan tepat mengikut kesuaian, serta bajet. Disini juga banyak menjelaskan tentang kegunaan smartphone dan aplikasi yang belum kita ketahui.

1 comment:

Norah said...

Hi nice rreading your post