Assalamualaikum.. Bangun Subuh tadi saya tengok ikan betina Mr.K dah tiada dalam bekas. Semalam dia lepaskan ikan betina dan jantan berdua-duaan dalam satu bekas. Harap pagi ni dah ada telor kat bawah buih tu. Tapi telor takder..ikan betina pun takder. Ada ikan jantan je..aikk?
Cepat-cepat panggil Mr.K datang tengok kot-kot mata saya ni kepulor lagi waktu tu. Selepas dibelek-belek pokok plastik kat dalam tu akhirnya jumpa ekor si betina. Kepalanya terjunam ke dalam umbi pokok. Keras tak bergerak. Bila ditarik keluar, laaa... dah mampos rupanya. Mati lemas sebab kepala tersangkut kat dalam pokok. Kuakua...tak sempat nak mengawan, si betina dah mati.
Kesian ikan jantan, kehilangan buah hatinya setelah semalaman bercinta. Hmm..kena beli lagi la nampaknya.
No comments:
Post a Comment