Monday 4 November 2013

Tom Yum Goong 2

Assalamualaikum..Hehe..semalam sempat lagi pergi tengok wayang dengan Mr.K. Sebab dah janji sebelum ni, kalau perniagaan banyak untung nak belanja dia makan dan tengok wayang. Haha..sambil-sambil 'release tension' dan cuci-cuci mata kat Mesra Mall.

Sampai sana terus terpandang cerita Tom Yum Goong 2 lakonan Tony Jaa dengan Mum Jokmok. Suka betol gabungan 2 orang pelakong hebat ni. Sorang serius, sorang lucu, memang kelakar. Paling penting seni mempertahankan diri yang ditunjukkan Tony Jaa tu memang hebat dan nampak macam ia betol-betol berlaku. Sebenarnya ia adalah aksi Tony Jaa sendiri tanpa bantuan tali atau komputer grafik. Fuh! Memang berani.



Serius memang berbaloi tengok filem ni kat pawagam berbanding tengok filem cinta. Tom Yum Goong 2 ni sambungan dari filem Tom Yum Goong pada tahun 2005. Lamakan masa diambil untuk menerbitkan filem sambungan. Tapi filem lakonan Tony Jaa memang ditunggu-tunggu oleh peminat macam saya ni.


Hajatnya nak tengok THOR.. tapi macam tak best je..macam...

No comments: