Mula-mula ada facebook dulu tak tahu lagi keburukan ada facebook ni. Pandai 'log in' je, 'log out' tak pandai. Pastu mula la akaun facebook diceroboh orang. Kalau tengok saja tak kisah sangat. Bukannya ada benda penting pun dalam facebook tu. Tapi yang bengangnya, 'dia' duk 'chatting' pulak dengan kawan-kawan saya pasal benda lucah.
Merah padam muka ni bila tengok kat chatting macam ada berbalas-balas mesej. "Aik? Bila masa aku berchatting dengan si Mihah ni?"
Saya baca balik semua 'conversation' kat situ. Sungguh mengejutkan bila mereka sedang berbicara pasal seks!! Si Mihah pulak main balas je ekk.. Dia ingat saya la tu yang ada otak 'blue' macam tu. Sungguh memalukan!
Cepat-cepat bagitau si Mihah bahawa bukan saya yang 'chatting' dengan dia semalam. Apa lagi.. malu jugak la Si Mihah tu. Bukan sekadar malu dengan saya, bahkan dengan si jahat tu.. hahahha
Jadi lain kali,
1. Tolong 'log out' facebook selepas digunakan walau kat laptop sendiri.
2. Selalu tukar password dan tutup semua akaun yang dibuka samaada di smartphone atau laptop lain.
3. Apakes cerita hal lucah dalam facebook??
No comments:
Post a Comment