Wednesday, 6 November 2013

Doa Iringi SPM

Assalamualaikum.. Ingat lagi zaman SPM yang mendebarkan dulu. Maklumlah masa tu dah ada wawasan hidup. Dah tahu betapa pentingnya sijil SPM untuk masa depan yang cerah. Memang dari awal tahun lagi saya dah bangun pukul 3 pagi membuat ulangkaji hingga lebam bawah mata. Alhamdulillah keputusan semakin baik dan saya semakin yakin dapat menghadapinya dengan cemerlang.

3 bulan sebelum SPM tu dah terasa bahangnya. Masa tu saya dah mula buat solat hajat sebelum memulakan ulangkaji setiap malam. Terima kasih tak terhingga kepada kakak yang sentiasa memberikan dorongan dan mengajar pelbagai doa-doa kecemerlangan. Nak turun tangga ke sekolah pun ada doa, dalam perjalanan ke sekolah pun kakak siap bacakan doa supaya saya ikut dan ingat. Macam-macam jenis wirid diajarnya. Tapi ada yang lupa ada yang sempat hafal.

Tibalah hari yang dinanti. Kakak hantar saya ke sekolah dengan mulut berkumat-kumit sepanjang perjalanan. Hahaha.. Dada dah berdebar-debar ni. Kakak kata, "kalau berdebar, jangan berhenti baca ayat kursi..tenanglah." Sampai sekarang saya ikut nasihat kakak tu.

Kakak saya yang berumur 2kali ganda umur saya dan jika ditambah umur kakak dengan umur saya, akan keluar umur ayah. hehe

Untuk adik-adik yang sedang menghadapi SPM tu,

Selain dari solat dengan sempurna 5 waktu, buatlah solat hajat setiap hari. Berzikir, berselawat serta beristighfar.

Jangan putus berdoa untuk kejayaan diri sendiri dan kawan-kawan.

Kalau yang suka bergelak ketawa dan bersuka ria tu, berhentilah seketika. Bukan bermakna perlu serius setiap masa, cuma kawal diri jangan terlalu berseronok.

Jangan banyak sangat menghafal di saat-saat akhir. Nanti habis lupa fakta-fakta lain akibat banyak sangat yang perlu diingat. Sebaiknya sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan, bertenang dan jangan panik.

Rehatlah secukupnya. Bukan sekadar tidur sahaja, tapi lakukan aktiviti yang disukai seperti beriadah, mendengar muzik, atau membaca buku kegemaran.

~ Semoga usaha keras kita hari ini berbaloi untuk membantu kita melangkah lebih jauh ke depan~

No comments: