Tak sedikit juga peniaga-peniaga yang mengambil peluang untuk membuka gerai jualan masing-masing. Dicelah kesesakan aktiviti jualan tu, terlihat kelibat seorang blogger suam-suam kuku yang turut sama membuka gerai jualannya. Hehe.. Berniaga apa yer?
Buka gerai kek la..apa lagi. Dengan muka yang teramat letih, sempat lagi buka gerai kek kat sini. Tapi saya tukang tengok-tengok je. Dah ada 2 orang pembantu yang menguruskan gerai. Saya dan Mr.K pula mengambil peluang ni untuk tambah ilmu akhirat.
Ni keadaan sewaktu Ustaz Azhar baru memulakan kuliah Maghrib. Sekejap lagi padat kat depan tu dengan warga Dungun. Ustaz Azhar mengambil masa selama sejam lebih untuk memberikan kuliah tentang pengurusan jenazah dan menjawab soalan-soalan yang diajukan.
Tengah syok dengar kuliah, Mr.K mengadu perutnya lapar. Hahaha... kesian betol. Tak makan lagi rupanya suamiku!
Saya menemani Mr.K makan kat Restoran Rasau berdekatan dengan Taman Rakyat. Menu istimewa kat sini ialah set nasi bakar bersama segelas air dragon ball berharga RM8. Bagi saya harga menu ni berpatutan dan harus dicuba. Nasi yang dibungkus dalam daun pisang, dan dibakar. Aromanya sungguh menyelerakan. Dimakan bersama ayam goreng berempah, daging masak cili api serta sambal belacan. Macam pelik kombinasi macam ni. Tapi sedap!
Akhirnya kesesakan di Taman Rakyat berakhir pada pukul 10 malam. Peniaga-peniaga juga sudah mula mengemaskan gerai masing-masing. Hari ni masa untuk berehat setelah 2 hari berguling dalam tepung. Tapi kepenatan semalam berbaloi kerana kek-kek saya berjaya menarik pelanggan untuk membeli terutamanya kek redvelvet yang memang best giler tu.
Syukur alhamdulillah, licin kek ni semalam. Mungkin warna merah buat mereka terpukau kot. haha
No comments:
Post a Comment