Monday, 11 November 2013

Mieza Jadi Bomoh Terjun!

Alhamdulillah akhirnya siap jugak membikin kek sebelum Zohor. Hari ni tengah sibuk-sibuk buat kek, saya sempat lagi jadi bomoh terjun! Hahah..macam lucu bunyinya. Mieza jadi bomoh terjun? Dulu jadi bidan terjun, sekarang jadi bomoh pulak. Ohh pengalaman, besar sungguh kuasaMu Ya Allah.

Kisahnya bermula bila saya sedang mencuci tahi kucing depan pintu rumah ( ni kali kedua kucing jiran yang berharga RM200 tu berak depan pintu rumah). Lepas sidai alas kaki yang terkena tahi tu, sempat lagi saya sembur kereta dengan air biar nampak bersih sket. Lama dah tak cuci. Tiba-tiba kedengaran suara Kak Ton sebelah rumah marah-marah kat anak dia. Saya biarkan saja, ada la tu kesalahan yang anak dia buat.


Tapi bukan marah-marah macam biasa, makin lama makin kuat disertai dengan pekikan macam orang histeria. Minit yang pertama Kak Ton masih belum berhenti menjerit sambil menggelupur atas kerusi roda. Tapi entah kenapa saya rilek je sambil cuci kereta. Haha kurang asam punya jiran.

Saya jenguk sekejap melalui pagar. Hmm,..mungkin Kak Ton terlalu stress dengan keadaan dirinya sekarang. Dah la kena strok, pekerjaan pulak hilang..hanya mengharapkan belas ehsan jiran tetangga dan wang pemberian anak-anak.

Kak Ton masih lagi bertempik dengan nyaring sampai 1 taman dengar. Anak Kak Ton memanggil saya sambil menangis sebab ketakutan tengok ibunya tiba-tiba jadi macam tu. Dalam hati saya, "apa aku nak buat ni?" Entah dari mana dapat kuasa, saya langsung tak berdebar atau takut. Tanpa berkata walau sepatah, saya terus ambil air dan usap kepala Kak Ton sambil mulut berkumat kumit baca ayat apa entah. Dengan spontan ayat tu keluar, panjang berjela pulak tu. Yang saya ingat surah kedua iaitu Al-Fatihah, dan lepas tu berdoa semoga Kak Ton bertenang.

Tak lama kemudian Kak Ton berhenti bertempik dan terkulai keletihan. Ehh? "Berkesan ke doa aku tadi??"

Lepas tu saya bagi minum air masak. Bila nampak Kak Ton dah tenang, saya minta izin untuk balik siapkan kek. Tapi dalam hati masih lagi pelik, "Ayat apa yang aku baca mula-mula tadi? Ehhh..aku ni boleh jadi bomoh ker?"

Jangan pulak lepas ni, ramai yang datang nak sembuhkan penyakit misteri. hahaha

~Mungkin kebetulan Kak Ton tengah panas dan stress. Lepas sapu air dan usap-usap kepala, jadi tenang sket.

Siapa Kak Ton? Baca Kisah Kak Ton sebelum ni,
1. Kak Ton kena strok
2. Kena jaga anak dan cucu Kak Ton
3. Kehidupan sebenar Kak Ton

No comments: