Sunday 10 November 2013

Wow! Merah laa

Assalamualaikum.. Apasal 2 hari saya tak update blog ye? Sebenarnya saya hanya berlegar-legar dalam rumah. Tapi akibat banyak benda sangat nak kena buat, jadi saya tak boleh menghadap laptop. Nanti melarat pulak..hehe..Kebetulan semalam kakak dari Kelantan datang ke rumah. Jadi bertambah-tambahlah busynya.

Ada yang perasan ke? Header dah berubah tu.. Sekarang baru menonjolkan warna kesukaan yang sebenar iaitu MERAH. Sebenarnya kat luar saya banyak mengenakan pakaian merah dan perabot dalam rumah pun kebanyakannya merah. Jadi kesimpulannya saya minat merah secara tak sengaja. Hehe.


Sebenarnya header ni, saya tidak tetapkan warnanya merah. Cuma saya nak header baru yang ada pembaharuan dan kelainan. Jadi Bro Hasrul Hassan telah mereka header tersebut mengikut citarasanya sendiri sebab saya memang tiada idea. Jadi itulah hasilnya.. merah! Bro HH memang faham jiwa. Hehe..Terima kasih tak terhingga kepada beliau yang sudi meluangkan masa men'design' header untuk blog Mieza Jhaa K.

~2 hari tak update, seminggu tak blogwalking. AaOww takut nak tengok pageview.. Hahah

No comments: