Assalamualaikum.. Dulu ketika hidup susah, saya hanya tahu berangan dan berimpian. Ingin menjadi kaya dan hidup mewah. Ingin memiliki apa saja yang yang tak dimiliki. Jadi saya berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh agar saya dapat mengubah kehidupan.
Tapi kesusahan yang panjang telah banyak mengajar saya untuk hidup bersederhana. Namun bila ada wang, keinginan yang terperap lama mula muncul difikiran. Beli apa saja yang dingini agar diri tak kempunan. Menyebabkan akhir bulan menjadi semput. Kemudian fikir balik.. ada baiknya aku berjimat cermat.
Kemudian saya diuji lagi dengan wang yang banyak. Setiap bulan boleh beli gelang emas sebesar ibu jari. 5 bulan dah boleh beli sebidang tanah. Tapi bukan emas dan tanah yang dibeli. Belanja situ belanja sini dan memewahkan orang lain. Disitu timbul rasa riak pula. Aku banyak duit sekarang..aku dah kaya. Aku bukan yang dulu lagi. Harap lepas ni mereka celik mata!
Timbul rasa riak dan besar diri. Perasan diri dah teramat kaya. Aliran duit tak dapat dikawal. Sangat laju mengalir.
Suatu hari Mr.k bersuara, "Duit banyak atau sikit, sama saja."
Kemudian baru saya tersedar..ye memang betol, duit sikit atau banyak sama sahaja. Ada banyak, banyak pula belanja. Ada sikit pun begitu juga. Baik ada sikit, pandai pula menguruskan wang.
Semua tu ujian untuk saya. Pengajarannya, bersederhanalah dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment