Assalamualaikum.. Ehh pejam celik dah 5 hari tak update blog. Nak kata sibuk memang sibuk.. tapi masa rehat digunakan sepenuhnya untuk berehat. Hari ni saya bercuti dari apa-apa aktiviti kek setelah bergelumang dengan tempahan kek kawin yang sungguh mencabar rohani dan jasmani. Sehinggakan penat dah tak terasa sebab otak ligat cari idea nak cantikkan kek orang.
Asalnya dulu saya bukanlah seorang yang kreatif. Malah tak tahu apa-apa pasal cara mendeko kek. Tapi oleh kerana tekanan.. err terpaksa.. (mungkin ayat tu sesuai) saya kena belajar jugak. Malah belajar dengan cepat. Setiap masa fikiran hanya fikirkan kek orang.. macam mana nak buat.. macam nak hasilkan kek seperti yang diminta.
Kadang-kadang saya tanya Mr.K, "orang lelaki suka kek bentuk apa?" ....... Lama betol tunggu jawapan, dekat 1 minit.
"Kek kereta." Akhirnya dia bersuara. Kek kereta??? Terus google contoh-contoh kek yang berbentuk kereta. Gullppp! Kebanyakan pakai fondant, benda yang saya tak yakin boleh jadi kereta atau bebola yang entah apa-apa.
Itulah penangan dunia kek. Ada yang nak kek berbentuk ipad. Kek yang ditaburi berlian. Kek yang ada seekor burung hantu. Errkk
Mujur tak suruh saya buat kek yang berubah jadi hantu!
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment