Thursday, 30 January 2014

Canggih dah dia sekarang

Hari tu sempena hari lahir Mr.K saya telah menghadiahkan beliau smartphone Sony Xperia Z1. Dan dari hari tersebut, keterujaan beliau memang terserlah. Suka betol tengok Mr.K sukakan sesuatu.
Namun sejak dari tu juga macam-macam benda dia install dalam hp tu. Saya ingatkan dia tak suka dunia sosial ni. Hambik kau! Semua dia dah ada sekarang.. instagram, line, twitter, waze, telegram, wechat, whatsapp.. cuma blog je dia takder.
Jadi saya jangan berlagak sangat update sesuatu ok.. dia ada memantau-mantau kat dalam tu. Huhuhu
Entri ni pun mungkin juga dia sedang baca sekarang ni.
Tapi apa yang bestnya.. sejak dapat hp dengan kamera 20.7mp ni, dia dah kerap bergambar. Dulu bukan main susah nak guna kamera hp. Sekarang saya sedang makan pun dia ambik gambar.
Dan... kerjanya sejak akhir-akhir ni asyik menghadap hp dia tu je. Dulu balik kerja terus letak hp atas meja.. pagi esok baru ambik bawak pergi kerja. Haa..kan lain dah tu.. nampak sket perkembangan.

Posted via Blogaway

No comments: