Assalamualaikum
Alhamdulillah, baru nak update entri walaupun dah 5 hari balik dari bercuti. Cerita dah basi daaa.. aigooo. Walaupun korang dah tahu siapa yang saya jumpa kat Johor tempoh hari, tapi saya punya cerita lagi best woo.. banyak tempat menarik yang kami sempat pergi sepanjang berada disana.
Pada 17hb Februari saya bertolak ke Johor Bahru untuk bercuti kat sana selama 5 hari. Kami memilih Johor sebab Mr.K ada kursus selama 2 hari. Jadi sambil-sambil tu ambil kesempatan untuk mengenal tempat orang, jalan-jalan sekitar Johor Bahru dan paling syok dapat bertemu rakan blogger kat sana.
Sampai disana pada petang 17hb kami dah tak sabar untuk jalan-jalan sekitar JB. Nasib baik ada sepupu yang bekerja kat sana. Dia bawa kami makan di Kedai Nasi Ayam Penyet yang diakatakan tersohor dikalangan artis. Hmm..memang sedap dan ada kelainan. Kemudian terus pergi Danga Bay dan Country Garden. Keesokannya kami dibawa sepupu ke JPO, Johor Premiun Outlet. Tempat shopping orang-orang kaya.. hehe.. Kat Dungun mana ada semua tu. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar.
Alhamdulillah, pada 19hb saya yang bertemankan adik ipar telah bertemu dengan Acikk pemilik blog www.akupenghibur.com di Johor City Square. Impian awal saya masa mula-mula berblog dulu akhirnya tercapai iaitu untuk bertemu dengan rakan blogger yang rapat dan sering bertandang ke blog saya ini. Acikk adalah antara orang terawal yang memberi sokongan dalam dunia blogger. Ada saja komen dari beliau di setiap entri. Dan entri beliau juga tak pernah terlepas dari tatapan dengan pelbagai kupasan yang kadang-kadang menyentuh jiwa.
Dan pada sebelah malam selepas balik dari Legoland, 20hb saya berkesempatan untuk bertemu dengan blogger Mamaniza pemilik blog www.mamaniza.com. Seorang blogger yang mengagumkan kerana beliau cepat dikenali ramai dan rajin blogwalking, sama juga macam Acikk. Kak Niza sekarang aktif membuat kek dan pertemuan tersebut memberi peluang kepada kami untuk berkongsi pengalaman dan tips dalam bidang kek. Walaupun pertemuan kami hanya sekejap, tetapi cukup untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat diluar dari dunia blog.
Pasti Acikk dengan Kak Niza terkejut bila jumpa saya yang suka bercakap ni.. haha..kesian mereka dengar celoteh saya yang tak habis-habis. Kalau jumpa pagi sampai petang pun saya tak berhenti lagi bercerita macam nenek-nenek. Haha
Entri seterusnya bersambung....
No comments:
Post a Comment