Monday, 3 March 2014

Nasib baik muka tak hangus

Assalamualaikum..

Suatu malam yang dingin, tiba-tiba hidung saya tercium bau hangit. Makin lama makin kuat disertai bunyi yang tak pasti, halus je bunyinya. Suasana gelap gelita. Telinga saya masih lagi aktif mengesan bunyi tu. Kedengaran macam jauh ke dalam tilam. Bila saya angkat kepala, tak kedengaran pulak. Bila tekupkan telinga atas bantal, mula kedengaran dengan jelas. Ada kutu kot dalam bantal tengah merayap-rayap.

Bau hangit tu jugak semerbak menusuk hidung macam ada benda terbakar. Tiba-tiba je rasa berdebar-debar. Rumah terbakar ke? Cepat-cepat bangun, meraba dalam gelap. Bila bangun terus terpandang cahaya merah di tepi bantal. Sesuatu sedang membara dan merebak.

Baru teringat semalam saya letak ubat nyamuk atas katil sebab tak tahan digigit nyamuk. Habis pedih seluruh tubuh. Alamak! Bantal dah hangus kena ubat nyamuk! Cepat-cepat ambik bantal yang sudah berasap kemerahan tu dan cuba buang melalui tingkap. Tapi tak muat pulak, tersangkut kat besi dan cermin. Alaaa hati berdebaar-debar takut ayah dengan mak terjaga. Tak pasal-pasal kena marah teruk nanti. PUCAT!


Kerana terlalu takut, saya ambik keputusan untuk buang melalui pintu depan. Terus keluar bilik dan buka pintu perlahan-lahan kemudian berlari  ke arah parit depan rumah dengan hanya diterangi cahaya bulan samar-samar. Cepat-cepat buang dan berlari masuk balik dalam rumah.

Sungguh mendebarkan aksi tu. Rasa macam takder darah kat muka.

Kalau bukan kerana bantal membara tu, jangan harap saya nak keluar rumah sorang-sorang tengah malam buta. Eiiiii takut!!!

Tapi disebabkan terlalu terkejut dan takut, apa saja boleh dilakukan.

Pagi esoknya, saya tengok ada kesan cadar berlubang kena bara api. Nasib baik tilam tak terbakar. Langsir pun berlubang jugak sebab bara tu menitik masa saya nak buang melalui tingkap. Terus terbayang tilam dengan langsir terbakar.. habis la satu rumah terbakar.

Nasib baik.. nasib baik.. Nasib baik tu selalu ada. Alhamdulillah. Jadikan pengajaran lain kali.

Jangan main-main dengan api walaupun hanya sekecil tahi mata.

No comments: