Sunday, 16 March 2014

Jadual padat minggu depan.

Assalamualaikum.. pagi tadi baru baca pasal seorang blogger nak kena saman 1 juta sebab komplen sebuah institut pelajaran kat mana entah. Dan sebelum-sebelum ni ada beberapa lagi blogger yang dah kena saman. Erkk takutnya nak menulis sembarangan hal kat dalam blog ni. Nanti tak pepasal cari penyakit. Dah kena penyakit nanti konfem tak dibenarkaan berblog dah. Hihi

Daripada bercakap hal orang baik bercakap hal kita sendiri la kan. Takut la kalau banyak kes saman-saman macam ni. Tu belum lagi kena hentam kat sapa-sapa melalui kotak komen. Menangis la kalau kena.

Pagi tadi semasa kami sedang bersarapan, Mr.K bagitau ada urusan kerja kat Putrajaya Khamis ni dan saya kena ikut sekali. Saya celik mata luas-luas sambil fikiran teringat kat tempahan-tempahan kawin yang berlambak bermula Jumaat ni. Alamaaakkk macam mana ni? Dah berbulan orang tempah, mesti la kena buat jugak. Kek kawin tak macam kek hari jadi boleh siapkan beberapa jam saja. Memerlukan masa dan kekreatifan yang tinggi. Malah pekerja pun tak dapat membantu.

Akhirnya kerjaya saya yang sekadar di rumah ni telah menghalang planning suami pulak. Ingatkan kerja sendiri boleh bercuti bila-bila masa je. Tetapi tidak bagi peniaga kek yang mengambil tempahan kahwin. Sebab kek kahwin ni amanah paling besar untuk kita laksanakan. Orang dah berharap kita dapat buat yang tercantik.


Mr.k diam je bila saya kata jadual padat bermula Jumaat ni. Mungkin dia tengah fikirkan hari lain. Harap-harap macam tu lah.

Memikirkan jadual yang padat tersebut, saya kena buat entri siap-siap mulai sekarang. Manalah tahukan, kot-kot tiada masa langsung nak buka blog nanti.  

No comments: