Memang benda-benda ghaib ni wujud dan ada berkeliaran di sekeliling kita. Mata kasar kita je tak nampak semua tu. Ramai yang mengaku pernah nampak hantu melambai-lambai, melayang di udara, bertenggek atas pokok, macam-mcam lagi. Mungkin betol, mungkin hanya khayalan sebab terlalu ketakutan, mungkin juga tersalah pandang..padahal kain buruk je terjuntai atas dahan pokok.
Sumber google
Pengalaman dari imaginasi
Saya pernah rasa macam ada budak sedang berdiri di belakang semasa saya mandi. Bila berpaling memang tak ada. Malah setiap kali mandi rasa macam tu. Saya cuba untuk "jangan pandang belakang" dan berfikiran positif dengan mengandaikan ia hanyalah perasaan sahaja. Mengakui diri sememangnya penakut. Mungkin sebab terpengaruh dengan cerita seram.
Kalau nak tido memang satu hal lagi buat saya geram dengan diri sendiri. Sebab kadang-kadang saya terpaksa lompat bermula dari pintu bilik hingga hinggap atas katil. Terasa diri macam hantu raya pulak lompat terbang macam tu. Lepas hinggap atas katil terus masuk dalam selimut hingga bergegar katil. Haha. Sebab.. rasa macam ada benda bawah katil. Ni memang dah terpengaruh dengan cerita seram Korea la ni.
Dan saya amat takut berada dalam gelap. Kalau dah baring tak kisah, saya tido je senang citer. Masalahnya kalau saya berada di dapur dan tiba-tiba lampu tertutup. Gelap gelita. Memang saya tak akan berjalan. Menyorok je bawah meja kot. Hahaha
Pengalaman di ladang kelapa sawit yang menyeramkan.
Zaman IPT dulu saya pernah mengikuti aktiviti berkhemah untuk kelab kembara. Antara program untuk waktu malam ialah ditinggalkan sorang-sorang dalam ladang kelapa sawit selama 1jam. Setiap orang jaraknya 3 pokok kelapa sawit. Tiba giliran saya, dapat pokok bersebelahan busut yang agak tinggi. Memang agak menakutkan busut tu. Saya terbayang ada seekor beruang kat belakang busut.
Rasa takut menyelinap ke seluruh tubuh. Saya duduk bersandar pada busut sambil memandang sekeliling yang agak kelam. Kedengaran bunyi ranting dipijak dalam hutan. Saya agak tu mungkin pengawal yang jaga keselamatan kami.
Macam-macam ketakutan bermain dalam fikiran. Saya membatukan diri dan mata dipejam rapat. Tak kiralah apa saja melintas kat depan asalkan saya tak nampak.
Tiba-tiba, "hei! bangun-bangun. Tido pulak dia!" Rupa-rupanya dah sejam berlalu. Hmm bestnya dapat tido bertilamkan busut yang sejuk. Hahaha
Pengalaman waktu kecil.. realitikah?
Orang kata budak-budak boleh tengok hantu. Ini pengalaman saya semasa berumur lebih kurang 3 tahun. Sebab masa tu saya di dukung oleh ayah dalam kebun getah. Ingatan pun samar-samar lagi. Ayah berjalan dengan laju menuju ke satu desinasi yang saya tak pasti. Mata saya memandang benda-benda yang berada di belakang ayah.
Tiba-tiba terpandang seekor makhluk yang menyerupai biawak atau mengkarung yang sangat besar sedang melekat atas pokok pisang. Ekornya panjang meleret hingga ke tanah. Matanya bulat memandang saya tidak berkelip. Saya tunjuk benda tu kat ayah, tapi macam ayah tak nampak apa-apa yang pelik.
Bila dah besar saya mula ingat balik peristiwa tu. Memang binatang macam tu tak pernah wujudkan? Mungkin jugak mengkarung di alam lain.
Tapi betol ke saya nampak? Atau mimpi semata-mata? Hahaha
Pengalaman benar!
Semasa zaman remaja saya tak percaya ada hantu sebab saya tak pernah nampak. Tapi rasa takut tu memang sentiasa ada sebab saya sememangnya pengecut. Namun saya mula percaya bila kali pertama kena tindih. Sesuatu yang bertubuh sasa macam lelaki dan teramat berat menindih saya hinggakan tangan pun tak boleh bergerak. Selepas berusaha bersusah-payah sebut Allahuakbar, benda tu berlalu pergi melalui tingkap bagaikan angin. Terasa macam ada angin yang menyapu muka.
Kali kedua adalah pengalaman yang menakutkan dan saya tak boleh lupa sampai sekarang. Memang jelas saya tidak bermimpi masa tu. Semasa sedang tidur mengiring ke kanan, kedengaran tilam dan katil bergerak seperti ada orang dibelakang. Dan benda tu betol-betol dekat dengan telinga saya. Siap ada bunyi mendengus yang menakutkan. Suara perempuan macam hantu Kak Limah. Masalahnya citer Hantu Kak Limah tak wujud lagi masa tu.
Saya celik mata dan kelihatan cahaya samar-samar melalui tingkap. Kelambu pula berterbangan ditiup kipas. Bunyi mendengus tu makin dekat dengan telinga macam nak menindih tubuh. Mulut berkumat kumit baca ayat Kursi sambil mata dipejam rapat. Kemudian benda tu berlalu pergi bagaikan angin melalui tingkap di belakang saya. Bagaikan nak luruh jantung dan tubuh terketar-ketar ketakutan.
Monyet melompat atas perut.
Semasa saya baru beberapa bulan berkahwin, saya bermimpi ada seekor monyet yang menyeramkan sedang melompat-lompat melintasi atas perut saya dengan laju. Saya terjaga dengan keadaan nafas tercungap-cungap ketakutan. Ya Allah, apakah tandanya? Semoga ia bukan petanda buruk dan hanya sekadar mimpi. Segera baca ayat Kursi dan sambung tido.
Sanggupkah memandang hantu?
Tu baru pengalaman yang hanya sekadar rasa dan perasaan, dan bukannya betol-betol terserempak depan mata. Kalau betol-betol terpandang hantu yang hodoh agaknya apa akan jadi dengan si penakut ni? Agaknya boleh demam seminggu atau pengsan. Semoga saya dilindungi dari gangguan jin dan syaitan.
No comments:
Post a Comment