Wednesday, 1 October 2014

Andai itu pandangan terakhir

Selepas bersalaman dia terus memandu kereta keluar dari pagar rumah. Sebelum membelok ke kanan, sempat matanya memandang ke pintu rumah. Mata kami bertentangan.. saya melambai dan tersenyum.. Dicelah-celah pagar rumah kelihatan dia memandang kali kedua sebelum berlalu pergi.



Mata itu.. pernah hadir dalam mimpi suatu ketika dulu. Saya membuka tingkap dan kelihatan sepasang mata di dalam cahaya samar. Saya cam mata itu..milik dia. Diakah ditakdirkan untukku?

Pandangan itu.. akan saya simpan untuk dikenang.. 
andai itu pandangan mata terakhir. Dan cinta tidak akan berakhir. 
Ia untukmu selamanya.. anugerah paling berharga..

No comments: